Kelemumur
masalah kulit kepala yang mengakibatkan kegatalan dan kulit mengelupas / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelemumur (Jawi: کلمومورcode: ms is deprecated ) ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala.[1] Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana.[1] Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.[2][1]
Chemistruu | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Nama lain | wirdani |
Imej mikroskopik kepingan wirdani | |
Pengkhususan | Dermatologi |
Gejala | Kulit kepala gatal dan berhabuk[1] |
Permulaan biasa | Akil baligh[1] |
Punca | Faktor genetik dan persekitaran[1] |
Berdasarkan gejala yang ada[1] | |
Psoriasis, dermatitis atopik, tinea kapitis, rosasea, eritematosus lupus sistemik[1] | |
Rawatan perubatan | Krim antifungal (ketokonazol)[1] |
Kekerapan | ~50% orang dewasa[1] |
Kematian | 70 Ribu (anggaran) |
sunting |
Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran.[1] Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk[3] apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang.[4] Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit.[3] Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat.[1]
Penyakit ini tiada penawar yang dikenal pasti.[5] Ia biasanya dirawat dengan pemakaian krim antikulat seperti ketokonazol.[1] Penyakit ini biasanya muncul ketika akil baligh dan berlanjutan sehingga mencecah usia 50 tahun, di mana kadar berlakunya keadaan ini akan berkurangan selepas umur tersebut.[1] Kelemumur menjejaskan sebanyak separuh daripada orang dewasa; dan golongan lelaki lebih terjejas dari penyakit ini berbanding golongan wanita.[1]