From Wikipedia, the free encyclopedia
Di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (USPHS), dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (Kor NOAA), Kepten ialah pegawai bertauliah paling kanan yang berada dibawah pangkat pegawai berbendera (iaitu gred laksamana). Pangkat ini setara dengan kolonel dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara AS, Tentera Angkasa AS, dan Kor Marin AS. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam Angkatan Tentera Malaysia lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu.
Kepten Captain | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut A.S. Pengawal Pantai A.S. Kor Tauliah USPHS Kor Pegawai NOAA Perkhidmatan Maritim | |
Singkatan | CAPT | |
Kumpulan pangkat | Pegawai kanan | |
Kod NATO | OF-5 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Laksamana Muda Rendah | |
Pangkat rendah seterusnya | Komander | |
Persamaan pangkat | Kolonel (Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS, dan Tentera Angkasa AS) | |
Mencerminkan warisan nautikanya, istilah kepten digunakan sebagai gelaran tentera oleh pegawai berpangkat lebih rendah yang memerintah sebuah kapal bertauliah Tentera Laut, Pengawal Pantai, atau bot peronda Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) yang bersaiz lebih besar. Pegawai yang memerintah skuadron udara (lazimnya O-5 komander) biasanya menggunakan gelaran yang kurang formal iaitu "nakhoda".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.