Pengawal Pantai Amerika Syarikat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pengawal Pantai Amerika Syarikat
Remove ads

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (bahasa Inggeris:United States Coast Guard atau USCG) adalah satu cabang dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan satu dari tujuh perkhidmatan beruniform. Ia unik dalam cabang ketenteraan kerana memiliki misi penguatkuasa undang-undang maritim (dengan kuasa di perairan dalam dan luar negara) dan sebuah agensi penguatkuasa persekutuan. Ia ditadbir oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air semasa waktu aman dan boleh ditukarkan kepada Jabatan Tentera Laut oleh Presiden A.S atau Kongres A.S semasa waktu perang.

Fakta Segera Aktif, Negara ...

Peranan utama Pengawal Pantai A.S adalah untuk melindungi rakyat dan alam sekitar, serta kepentingan ekonomi dan keselamatan Amerika Syarikat di dalam sebarang wilayah maritim di mana kepentingan ini berada dalam risiko, termasuk di perairan antarabangsa atau pantai, pelabuhan dan jalan air darat di Amerika Syarikat.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads