Kereta kabel Langkawi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kereta kabel di Switzerland.
Kereta kabel Langkawi كريتا كابل لڠکاوي | |
---|---|
Pemandangan Kereta Kabel Langkawi dart Stesen Atas Lokasi Kereta Kabel Langkawi | |
Butiran | |
Status | Operasi |
Jenis | Lif gondola |
Lokasi | Langkawi |
Termini | Oriental Village, Teluk Burau Gunung Mat Chinchang (puncak) |
Jumlah stesen | 3 |
Perkhidmatan | 1 |
Mula dibina | 16 bulan (April 2001 - Ogos 2002) |
Dibuka | 1 November 2002; 21 tahun yang lalu (2002-11-01) |
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.[1] Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.[2]