Kereta kebal Mark IV
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kereta kebal Mark IV merupakan kereta kebal British semasa Perang Dunia Pertama. Ia dihasilkan pada tahun 1917, ia mendapat faedah dari pembangunan besar bagi kereta kebal Mark I, kereta kebal British pertama dengan reka bentuk perantaraan merupakan kelompok kecil yang digunakan bagi latihan. Peningkatan utama adalah bagi perisai kenderaan, pengalihan tangki minyak dan pengangkutan lebih mudah. Sejumlah 1,220 telah dibina: 420 "Jantan", 595 "Betina" dan 205 Kereta kebal Tender (kenderaan tidak bersenjata yang digunakan bagi mengangkut bekalan).
Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Kereta kebal Mark IV | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal berat |
Tempat asal | UK |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Major Wilson |
Kos unit | about £5,000 [1] |
Dihasilkan | May 1917 - akhir 1918 |
Jumlah dibina | 1,220 |
Spesifikasi | |
Berat | 29 tan (28.4 tonnes), Betina: 27 tan (27.4 tonnes) |
Panjang | 8.05 m (26 ka 5 in) |
Lebar | Male: 4.12 m (13 ka 6 in) |
Krew | 8 |
Armor | 0.25– 0.47 inci (6.1–12 mm) |
Senjata pertama | Jantan: Dua QF 6 paun 6 cwt Hotchkiss dengan 332 peluru Betina: enam mesingan Lewis .303 |
Senjata kedua | Jantan: Empat .303 mesingan Lewis |
Enjin | Daimler, 6-silinder selari (“in-line”) 105 bhp at 1,000 rpm |
Transmisi | Utama: 2 Hadapan, 1 Undur Kedua - 2 kelajuan |
Kapasiti minyak | 70 galon Imperial |
Jarak operasi | 35 batu |
Kelajuan | 4 bsj |
Tutup
Kereta kebal Mark IV pertama kali digunakan pada pertengahan 1917 dalam pertempuran Rabung Messines. Ia kekal dalam perkhidmatan sehingga akhir perang.