Ketam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jangan dikelirukan dengan ketam kayu.
Ketam (Jawi: كتمcode: ms is deprecated ) atau kepiting (Jawi: کڤيتيڠ) adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan mempunyai pinggul amat pendek (Bahasa Yunani: brachy = pendek, ura = senget), atau abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Superfamilies ...
Ketam | |
---|---|
Ketam spesies Liocarcinus vernalis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | Malacostraca |
Order: | Decapoda |
Suborder: | Pleocyemata |
Infraorder: | Brachyura Linnaeus, 1758 |
Superfamilies | |
|
Tutup
Sebanyak 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di jasad-jasad air masin, payau dan tawar, di daratan, atau di kedua-dua alam.[1] Ketam umum dijumpai di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.