Khalifa bin Salman Al Khalifa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa (Arab: خليفة بن سلمان آل خليفةcode: ar is deprecated ) (20 November 1935 – 11 November 2020)[1][2] merupakan ahli kerabat diraja Bahrain dan ahli poltik yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Bahrain dari tahun 1970 hingga kemangkatannya pada November 2020, telah memegang jawatan lebih setahun sebelum kemerdekaan Bahrain pada 15 Ogos 1971.[3]
Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa خليفة بن سلمان آل خليفةcode: ar is deprecated | |
---|---|
Perdana Menteri Bahrain | |
Dalam jawatan 19 Januari 1970 – 11 November 2020 | |
Raja | Isa bin Salman Al Khalifa Hamad bin Isa Al Khalifa |
Timbalan | Jawad Al-Arrayedh Muhammad ibn Mubarak ibn Hamad Al Khalifah Khalid bin Abdullah Al Khalifa Salman bin Hamad Al Khalifa Ali bin Khalifa Al Khalifa |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Akan dibincangkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Khalifa bin Salman Al Khalifa (1935-11-20)20 November 1935 Jasra, Bahrain |
Meninggal dunia | 11 November 2020(2020-11-11) (umur 84) Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat |
Pasangan | Hessa bint Ali Al Khalifa |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Mouza bint Hamad Al Khalifa |
Bapa | Salman bin Hamad Al Khalifa I |
Laman web rasmi | https://khalifabinsalman.bh |
Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di mana-mana kerajaan di dunia. Di bawah Perlembagaan 2002, beliau hilang beberapa kuasanya, dengan Raja sekadang mempunyai kuasa melantik dan (bersama dengan parlimen Bahrain) memecat menteri.
Beliau juga ayahanda saudara sebelah ayahanda kepada Raja yang memerintah Hamad bin Isa Al Khalifa dan nenda saudara Putera Mahkota Salman, memandangkan beliau adinda kepada Emir sebelum ini Isa bin Salman Al Khalifa.