Khoo Kay Kim
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Khoo.
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim (Bahasa Cina: 邱家金; pinyin: Qiū Jiājīn; Pe̍h-ōe-jī: Khu Ke-kim, Jawi: خاو كي كيمcode: ms is deprecated [perlu rujukan]; 28 Mac 1937 – 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Khoo Kay Kim 邱家金 Qiū Jiājīn خاو كي كيم | |
---|---|
Kelahiran | (1937-03-28)28 Mac 1937 |
Meninggal dunia | 28 Mei 2019(2019-05-28) (umur 82)[1] |
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Sejarawan |
Terkenal kerana | Kecemerlangan beliau dalam bidang sejarah Malaysia dan dunia. Pengarang Rukunegara. |
Pasangan | Puan Sri N. Rathimalar (1966–2019) hingga kematiannya[2] |
Anak-anak | Eddin Khoo Rubin Khoo Mavin Khoo |
Ibu bapa | Khoo Soo Jin (bapa) Chuah Gaik See (ibu) |
Tutup
Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya.