Kompleks Islam Putrajaya
bangunan pentadbiran agensi Islam di Putrajaya, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kompleks Islam Putrajaya merupakan kompleks bangunan pentadbiran bagi agensi kerajaan Malaysia yang terletak di pusat pentadbiran persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks Islam Putrajaya terletak di Presint 3, Putrajaya dan bermotifkan seni bina Islam moden. Ia terdiri daripada empat blok iaitu Blok A, B, C dan D. Ia telah dirasmikan pada 18 Julai 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak[1].