Koningsdag
From Wikipedia, the free encyclopedia
Koningsdag (Sebutan Belanda: [ˈkoːnɪŋzdɑx] ( listen)) atau Hari Raja ialah sebuah cuti kebangsaan di Kerajaan Belanda. Diraikan pada 27 April (26 April jikalau 27hb itu hari Ahad), tarikh itu menandakan keputeraan Raja Willem-Alexander.[1] Sehingga Ratu Beatrix turun takhta pada tahun 2013, perayaan ini dikenali sebagai Koninginnedag (Sebutan Belanda: [ˌkoːnɪŋˈɪnədɑx] ( listen)) atau Hari Ratu dan diraikan pada 30 April.
Koningsdag | |
---|---|
Nama rasmi | Koningsdag |
Diraikan oleh/di | Belanda |
Jenis | Perayaan peringkat kebangsaan |
Kepentingan | Hari keputeraan Raja Willem-Alexander |
Sambutan | Permainan kanak-kanak, pasar borong, konsert |
Tarikh | 30 April (29 April jika 30 hb jatuh pada hari Ahad) |
Kekerapan | annual |
Cuti ini pada awalnya disambut pada 31 Ogos 1885 sebagai Prinsessedag atau Hari Puteri, hari keputeraan kelima Puteri Wilhelmina, kemudian bakal pewaris kepada takhta Belanda. Pada sambutan baginda puteri pada bulan November 1890, cuti berkenaan memperoleh nama Koninginnedag, pertama kali diraikan pada 31 Ogos 1891. Pada bulan September 1948, paduka puteri Wilhelmina Juliana menaiki takhta dan cuti ini dipindah ke hari keputeraan baginda iaitu 30 April. Cuti ini telah diraikan pada tarikh ini dari tahun 1949.
Paduka puteri Ratu Juliana, Beatrix, kekalkan perayaan ini pada 30 April setelah baginda menaiki takhta pada tahun 1980, walaupun hari keputeraan baginda pada 31 Januari.[2] Ratu Beatrix mengubah adat istiadat paduka bonda baginda iaitu perarakan bungaan di Istana Soestdijk, dengan memilih mencemar duli menziarah bandar-bandar Belanda yang berbeza setiap tahun dan berkenan turut serta pesta dengan paduka anakanda baginda. Pada tahun 2009, baginda Ratu meraikan Hari Ratu di bandar Apeldoorn apabila seorang lelaki cuba untuk menyerang baginda dengan cuba merempuh bas kerabat diraja dengan keretanya; namun dia pandu ke orang ramai dan merempuh sebuah monumen: tujuh orang di dalam orang ramai itu terbunug, serta pemandu itu. Ratu Beatrix turun takhta pada Koninginnedag 2013, dan paduka putera baginda, Willem-Alexander, menaiki takhta (raja pertama sejak perayaan cuti kebangsaan ini). Akibatnya, cuti ini dikenali sebagai Koningsdag dari tahun 2014 hingga sekarang dan perayaan ini dipindah tiga hari ke belakang kepada 27 April, hari keputeraan baginda Raja.
Koningsdag terkenal dengan vrijmarkt ("pasar borong") di seluruh negara, di mana orang Belanda menjual barangan mereka yang telah digunakan. Ia juga merupakan peluang bagi "gila jingga" atau oranjegekte, sejenis kegilaan dinamakan sempena warna kebangsaan Belanda.