From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengawetan kriogen ialah proses di mana organel, sel-sel, tisu, matriks luar sel, organ atau sebarang binaan biologi yang terdedah kepada kerosakan disebabkan oleh kinetik kimia tidak terkawal diawet melalui penyejukan pada suhu yang sangat rendah[1] (biasanya -80 °C menggunakan pepejal karbon dioksida atau -196 °C menggunakan cecair nitrogen). Pada suhu-suhu rendah ini, sebarang enzim atau aktiviti kimia yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada bahan biologi tertentu dihentikan secara berkesannya. Kaedah pembekuan sebegini berusaha untuk mencapai suhu rendah tanpa menyebabkan kerosakan tambahan akibat pembentukan kristal ais semasa pembekuan. Kaedah pembekuan yang lama bergantung pada pelapisan bahan simpanan yang diingini dengan suatu kelas molekul khas (cryoprotectant atau "pelindung krio") yang membeku di sekitar bahan tersebut. Kaedah-kaedah baru sentiasa dikaji kerana ketoksikan banyak bahan pelindung krio ini.[2] Secara amnya, pengawetan ini mengubah atau menjejaskan struktur dan fungsi sel-sel melainkan jika terbukti sebaliknya untuk taburan sel tertentu. Cryoconservation haiwan sumber genetik adalah proses yang haiwan bahan genetik yang dikumpulkan dan disimpan dengan niat pemuliharaan baka.
Secara mumnya, pengawetan krio adalah lebih mudah untuk sampel yang nipis dan gumpalan sel-sel individu yang kecil kerana sampel sebegini boleh menyejuk dengan lebih cepat seterusnya memerlukan sedikit sahaja dos bahan pelindung krio yang toksik. Oleh sebab itu, pengawetan krio hati dan jantung manusia untuk tujuan penyimpanan dan pemindahannya masih tidak praktikal.
Namun, kombinasi bahan pengawet yang sesuai bersama kaedah penyejukkan dan pembilasan sewaktu pemanasan sampel sering mebolehkan pengawetan sebegini terhadap bahan-bahan biologi, terutama ampaian sel atau sampel tisu yang nipis. Antara contoh sampel ini termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.