From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuantiti fizikal adalah nilai berangka sesuatu sifat boleh diukur yang menggambarkan pentol keadaan berbulu sebuah sistem fizikal pada sesuatu masa. Oleh kerana itu, perubahan dalam kuantiti fizikal suatu sistem menghuraikan transformasinya (atau evolusi antara keadaan pada sesuatu masa).
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Sebagai contoh, nilai-nilai 'suhu', 'kelantangan', 'tekanan', 'jisim molekul' dan 'tenaga dalaman' adalah kuantiti fizikal yang menggambarkan keadaan apapun gas terhad; 'keamatan arus', 'jumlah pusingan' dan 'ketelusan magnet' adalah kuantiti fizikal yang benar-benar menggambarkan 'keamatan medan magnet' di tengah-tengah gelung dililit rata yang sangat panjang.
Hubungan antara kuantiti fizikal yang berbeza digambarkan oleh kalkulus kuantiti.
Kuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur. Tamsilnya ialah suhu, tekanan, halaju dan sebagainya. Selain itu, kuantiti fizik terbahagi kepada dua jenis iaitu kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan.
Fizik merupakan ilmu yang digunakan untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim, tenaga dan fenomena alam semula jadi.
Antara bidang fizik ialah fizik nukleur, fizik keadaan pepejal, biofizik, elekronik, astronomi, fizik plasma dan lain-lain.
Tujuan kita mempelajari fizik adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-
Untuk mempelajari fizik, seseorang mesti menguasai kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manupultaif),mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.
Kuantiti fizik asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan (diterbitkan) dalam sebutan kuantiti-kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan dua kuantiti fizik yang lain.
Anda boleh mendapatkan jadual ini dari buku sifir matematik 4 angka.
Kuantiti Fizik Terbitan
Kuantiti Fizik terbitan ialah Kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.
Di antara contoh-contoh kuantiti fizik terbitan adalah seperti berikut:-
Contoh Nyatakan kuantiti terbitan berikut dalam sebutan kuantiti asas.
(Panduan: Pecutan = perubahan halaju)
(Panduan : Mometum = jisim x halaju )
Contoh
Nyatakan unit asas bagi kuantiti-kuantiti terbitan berikut:
(Panduan : Daya = jisim x pecutan )
(Panduan : Impuls = perubahan momentum)
(Panduan : Kerja = daya x sesaran)
Kuantiti fizik (physical quantity) adalah kuantiti yang boleh diukur. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran.
Setiap kuantiti fizikal yang diukur dalam unit SI (International System of Units @ SI units), yang mana ianya adalah unit yang seragam digunakan dalam pengukuran di kebanyakan negara.
Kuantiti Fizik | Unit SI | Simbol unit |
---|---|---|
Panjang | meter | m |
Jisim | kilogram | kg |
Masa | saat | s |
Suhu | kelvin | K |
Arus elektrik | ampere | A |
Imbuhan awal (Prefix) | Simbol | Nilai berangka (numerical) |
---|---|---|
mega | M | 1 000 000 |
kilo | k | 1 000 |
centi | c | 0.01 |
milli | m | 0.001 |
micro | µ | 0.000 001 |
Nilai sesuatu kuantiti boleh ditulis dengan 'imbuhan awalan' (prefix). Setiap imbuhan awal mempunyai simbol-simbolnya tersendiri. Seseorang menulis sesuatu nilai dengan menggunakan imbuhan awal (prefix) untuk membuat ia lebih mudah bagi merekodkan kuantiti fizik.
Contoh
Nilai kuantiti fizik | Bentuk imbuhan awal (prefix) |
---|---|
5 000 000 K | 5 MK |
3 000 g | 3 kg |
0.008 m | 8 mm |
0.000 006 A | 6 µA |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.