Kucing
felin domestik / From Wikipedia, the free encyclopedia
kucing (Jawi: كوچيڠcode: ms is deprecated , juga dikenali sebagai kucing bela jinak, Felis catus) ialah spesies mamalia karnivor kecil yang dibela jinak. Ia ialah keturunan Afrika, Felis silvestris lybica dan telah lama dijinakkan apabila kucing dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan rodensia yang lain.[perlu rujukan] Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang kesayangan yang paling terkenal di Malaysia.
Kucing dome Julat zaman: 9,500 tahun lalu – kini | |
---|---|
Pelbagai jenis kucing domestik | |
Dibelajinakkan | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Feliformia |
Keluarga: | Felidae |
Subkeluarga: | Felinae |
Genus: | Felis |
Spesies: | F. catus[1] |
Nama binomial | |
Felis catus[1] | |
Sinonim | |
|
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil sebagai "kucing baka tulen". Kucing baka tulen kurang daripada satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai "bulu panjang" dan "bulu pendek".
Pelbagai baka kucing domestik wujud — ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna. Kucing ialah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.[perlu rujukan] Mereka juga haiwan yang pintar dan berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan cara mengiau, mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja dalam dongengan dan legenda sesetengah bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.