From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Madya ialah pangkat pegawai berbendera Royal Navy dan bersamaan dengan kod pangkat NATO OF-8. Ia lebih tinggi daripada pangkat Laksamana Muda dan berada dibawah Laksamana penuh.
Laksamana Madya Vice Admiral | |||||
| |||||
Negara | United Kingdom | ||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Diraja | ||||
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | ||||
Singkatan | VADM/Vadm | ||||
Pangkat | Tiga bintang | ||||
Kod NATO | OF-8 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat tentera darat | Leftenan Jeneral (TD/RM) | ||||
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Udara (RAF) | ||||
Pangkat yang setara dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja ialah Leftenan Jeneral; dan dalam Royal Air Force, adalah Marsyal Udara.
Laksamana Madya Royal Navy wujud sejak abad ke-16 lagi. Apabila armada dikerahkan, Laksamana Madya akan berada di bahagian utama atau hadapan, bertindak sebagai timbalan kepada Laksamana. Pangkat Vice-Admiral berevolusi daripada Leftenan Admiralti (1546-1564) iaitu seorang pegawai yang bertindak sebagai setiausaha kepada Ketua Laksamana England dan tamat pada 1876 tetapi dihidupkan semula pada 1901 oleh Raja Edward VII.[1] Sebelum tahun 1864 Royal Navy telah dibahagikan kepada skuadron berwarna yang menentukan perjalanan kerjayanya. Bendera pemerintah yang dikibarkan oleh seorang Laksamana Madya bertukar beberapa kali dalam tempoh ini.[2]
Dalam Royal Navy, pangkat vice-admiral harus dibezakan daripada jawatan Laksamana Madya United Kingdom, iaitu jawatan Admiralti yang biasanya dipegang oleh laksamana penuh bersara, dan juga Vice-Admiral of the Coast, satu jawatan yang kini sudah mansuh dan berurusan dengan pentadbiran tentera laut di setiap wilayah maritim.
Vice-admiral berhak mengibarkan bendera peribadi. Vice-admiral mengibarkan panji salib St George yang dicetak dengan satu disk merah pada sebelah tiang.
Tanda pangkat Laksamana Madya ialah lengan baju berjalur satu baris tebal dengan dua baris sederhana. Sejak tahun 2001, ia telah ditetapkan sebagai pangkat tiga bintang, apabila bilangan bintang pada papan bahu ditambah kepada tiga.[3][4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.