Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Lapangan Terbang di Kuala Nerus dan Terengganu, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Terengganu. Lapangan terbang tersebut menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Nerus, sebuah daerah yang terangkum di dalam bandar raya Kuala Terengganu yang terletak di pesisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]
Sultan Mahmud International Airportcode: en is deprecated Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmudcode: ms is deprecated لاڤڠن تربڠ سلطان مهمود 苏丹玛末国际机场code: zh is deprecated சுல்தான் மஹ்மூத் சர்வதேச விமான நிலையம்code: ta is deprecated | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Kerajaan Malaysia | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports | ||||||||||
Destinasi | Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia | ||||||||||
Zon masa | MST (UTC+08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 21 kaki / 6 m | ||||||||||
Koordinat | 05°22′53″N 103°06′17″E | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2018) | |||||||||||
| |||||||||||
Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.
Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.