Laporan Barnes 1950
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laporan Barnes 1950 (nama rasmi laporan: Report of the Committee of Malay Education 1950) ialah laporan pendidikan yang disediakan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh L. J. Barnes[1], iaitu seorang Pengarah Latihan Sosial di Universiti Oxford, sekitar tahun 1950[2]. Laporan ini dihasilkan akibat desakan orang Melayu pada ketika itu yang mahu pihak British mengkaji serta memperbaiki sistem pendidikan untuk orang Melayu[1]. Laporan Barnes ini merupakan percubaan awal ke arah sistem pendidikan kebangsaan, di mana pendidikan itu sendiri akan membentuk perpaduan di antara kaum[3]. Antara intipati di dalam laporan ini ialah penggunaan satu sekolah sahaja bagi semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu untuk pendidikan rendah[4], bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan bahasa lain hanya akan dijadikan sebagai salah satu subjek yang diajar di dalam kelas[5].
Laporan Barnes 1950 لاڤورن برنيس ١٩٥٠ | |
---|---|
Tajuk asal | Report of the Committee of Malay Education 1950 |
Dibentangkan | Jun 1951 |
Negara | Malaysia ![]() |
Pengarang | Jawatankuasa Barnes |
Subjek | Pendidikan |
Tujuan | Mengkaji dan mencadang penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pihak British mencadangkan satu aliran pendidikan bagi semua kaum melalui Laporan Barnes kerana ingin mengekang pengaruh Komunis yang semakin berleluasa pada ketika itu[6], di mana tumpuan terarah kepada sekolah-sekolar vernakular terutamanya sekolah-sekolah Cina[7]. Namun begitu, laporan ini ditolak oleh mereka yang memperjuangkan pendidikan berasaskan kaum masing-masing; seperti sebahagian orang Melayu yang berpendapat pendidikan Melayu tidak diberikan perhatian sewajarnya dan masih menumpang kepada pendidikan Inggeris[8] serta layanan tidak sama rata terhadap penggunaan bahasa Melayu di sekolah[9]. Selain itu, sebahagian daripada orang Cina yang memperjuangkan pendidikan Cina turut menolak laporan ini[7] kerana cadangan penghapusan sekolah vernakular dan meminggirkan bahasa Mandarin.
Kesan daripada Laporan Barnes ini wujudnya Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Se-Malaya (Jiao Zong)[7], dan Laporan Fenn-Wu 1951 diterbitkan[4] bagi mempertahankan pendidikan Cina serta panduan mengintergrasikan pendidikan Cina dengan persekitaran di Persekutuan Tanah Melayu.