Lebuh Raya Pantai Timur
Lebuhraya di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) E8 / AH141 / AH18, adalah sebuah lebuh raya di Semenanjung Malaysia. Ia adalah sambungan daripada Kuala Lumpur-Karak Expressway E8 / FT2, yang bermula dari Gombak ke Karak hingga ke Kuala Terengganu / Tumpat (Dalam pembinaan, LPT3). Ia menyediakan laluan dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia mempunyai sistem tol tertutup seperti Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Laluan di lebuh raya kebanyakannya adalah bandar-bandar dan bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, yang bertindak sebagai 'tulang belakang' daripada tengah Semenanjung. Lebuhraya ini melalui tiga buah negeri di semenanjung: Selangor, Pahang Terengganu dan Kelantan (Dalam pembinaan, LPT3). Ia menyediakan alternatif yang lebih cepat kepada Jalan lama Kuala Lumpur-Kuantan Road FT2 (), Lebuh Raya Jerangau-Jabor Highway dan Jalan Persekutuan FT3 () sekali gus mengurangkan masa perjalanan antara bandar-bandar. Lebuh raya itu adalah sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia AH141 (Karak - Jabur) dan Lebuh Raya Asia AH18 (Kuala Terengganu -Tumpat). Had laju di lebuh raya itu ialah 110 km/h (68 mph).
Lebuhraya E8 | |
---|---|
[[File:|290px|alt=]] | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Fasa 1 : ANIH Berhad Fasa 2 : Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Sdn Bhd | |
Panjang | 358 km (222 mi) Fasa 1: 174 km (108 bt) Fasa 2: 184 km (114 bt) Fasa 3: 124 km (77 bt)(dalam pembinaan) Fasa 4: 250 km (160 bt)(cadangan) |
Wujud | 2001–kini |
Sejarah | Fasa 1 siap pada tahun 2004, Fasa 2 siap pada tahun 2011, Fasa 3 dibina pada 2014 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Karak, Pahang |
Persimpangan utama | Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Laluan Persekutuan 2 Laluan Persekutuan 98 Laluan Persekutuan 83 Persiaran MEC Jalan Pintasan Gebeng Lebuhraya Jerangau Laluan Persekutuan 126 Laluan Persekutuan 124 Lebuhraya Ketengah Jalan Bukit Besi Laluan Persekutuan 106 Lebuhraya Timur-Barat Kedua AH18 Laluan Persekutuan 3 |
Hujung utara | Kuala Terengganu, Terengganu |
Lokasi | |
Destinasi utama | Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabur, Chenih, Chukai (Kemaman), Kijal, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemong,Kuala Terengganu. |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |