Lembaga Admiralti (Admiralty Board) ialah badan yang ditubuhkan dibawah Majlis Pertahanan United Kingdom untuk pentadbiran Perkhidmatan Angkatan Laut United Kingdom. Ia bermesyuarat secara rasmi sekali setahun, dan operasi harian Royal Navy dikendalikan oleh Lembaga Tentera Laut, yang tidak melibatkan mana-mana menteri.

Fakta Segera Intisari agensi, Dibentuk ...
Lembaga Admiralti
Fail:Flag of the Admiralty Board.svg
Bendera Lembaga Admiralti
Intisari agensi
Dibentuk1964
Agensi terdahulu
  • Majlis Admiralti (1628-1964)
Bidang kuasa
United Kingdom United Kingdom
Ibu pejabatWhitehall, Westminster, London
Eksekutif agensi
Agensi induk
Majlis Pertahanan
Tutup

Lembaga Admiralti telah ditubuhkan selepas pembubaran Majlis Admiralti (1628-1964) yang lama dan penyepaduan tiga kementerian cabang tentera kedalam Kementerian Pertahanan.

Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan merangkumi ketua-ketua profesional tentera laut, serta pelbagai menteri dan penjawat awam Kementerian Pertahanan.

Ahli lembaga

Komposisinya adalah seperti berikut:[2]

  • Orang Awam
    • Setiausaha Negara bagi Pertahanan
    • Menteri Negara bagi Angkatan Tentera
    • Menteri Negara bagi Perolehan Pertahanan
    • Menteri Negara bagi Hal-Ehwal Veteran
    • Menteri Simpanan
    • Setiausaha Rendah Negara & Jurucakap Dewan Pertuanan mengenai Pertahanan
    • Pengarah Kewangan (Tentera Laut)
    • Setiausaha Rendah Tetap Kedua bagi Pertahanan (Setiausaha Lembaga Admiralti)
  • Tentera Laut Diraja

Di samping itu, kehadiran lain adalah seperti berikut:

  • Setiausaha Rendah Tetap
  • Panglima, Markas Maritim Bersekutu
  • Komandan Jeneral Marin Diraja
  • Pegawai Waran Royal Navy[3]
  • Dua pengarah bukan eksekutif Lembaga Tentera Laut

Nota: Sokongan sekretariat disediakan oleh Sekretariat/Dasar Staf Tentera Laut dan Sek/1SL.

Lihat juga

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.