Les Invalides
From Wikipedia, the free encyclopedia
Les Invalides (Sebutan bahasa Perancis: [lezɛ̃valid]), secara rasminya Hôtel national des Invalides, juga dikenali sebagai Hôtel des Invalides (secara harfiahnya, "Rumah orang kurang upaya") merupakan sebuah kompleks bangunan di Daerah 7, Paris. Bangunan tersebut mempunyai beberapa muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan Perancis, serta mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah hospital dan rumah persaraan bagi veteran. Bangunan tersebut juga menempatkan Musée de l'Armée, muzium tentera bagi Tentera Perancis, Musée des Plans-Reliefs, dan Musée d'Histoire Contemporaine. Kompleks tersebut turut memiliki sebuah gereja kecil bagi veteran (Saint-Louis-des-Invalidescode: fr is deprecated yang kini merupakan Katedral Kebangsaan Tentera Perancis dan di sebelahnya, bekas Gereja Kecil Diraja (Dôme des Invalidescode: fr is deprecated atau Église du Dômecode: fr is deprecated ) yang merupakan bangunan gereja tertinggi di Paris dengan ketinggian sebanyak 107 meter.[1] Dôme des Invalides kini dijadikan sebagai satu tempat suci bagi beberapa tokoh ketenteraan Perancis, antaranya termasuklah makam Napoleon.[2]
Hôtel des Invalides | |
---|---|
Nama alternatif | Les Invalides, Musée de l'Armée |
Maklumat umum | |
Jenis | Muzium, gereja, hospital, rumah persaraan, makam |
Gaya seni bina | Baroque |
Lokasi | Paris, Perancis |
Pembinaan bermula | 1671 |
Disiapkan pada | 1706 |
Dirasmikan pada | 1678 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Libéral Bruant, Jules Hardouin-Mansart |