Liga Pro Belgium
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Pro Belgium (ataupun dikenali sebagai Liga Pro Jupiler [Sebutan Belanda: [ˈʒypɪlɛr ˈpro ˈlik]]) merupakan liga teratas untuk bola sepak di Belgium. Dengan mempunyai 16 kelab, ia mempunyai sistem penyingkiran ke Divisyen Kedua Belgium atau layak ke liga teratas. Liga Pro Belgium ini selalunya bermulap ada bulan Julai sehingga awal bulan Mei, di mana semua kelab bermain sebanyak 30 perlawanan, dan kemudian memasuki perlawanan play-off 1, play-off 2 atau perlawanan play-off penurunan liga. Perlawanan play-off 1 ialah untuk 6 kelab teratas semasa musim tamat. Perlawanan play-off 2 ialah untuk kelab yang berkedudukan 7 hingga 14 dengan dibahagikan dua kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Perlawanan penurunan play-off pula ialah yang berkedudukan ke-15 dan ke-16. Liga ini telah ditaja oleh syarikat bir Jupiler, dan kemudian ia dikenali sebagai Liga Pro Jupiler.
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Konfederasi | UEFA |
Ditubuhkan | 1895 |
Bilangan pasukan | 16 |
Disingkirkan ke | Divisyen Kedua Belgium |
Aras | Tahap 1 |
Piala domestik | Piala Belgium Piala Super Belgium |
Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara Liga Europa UEFA |
Juara semasa | AA Gent (2014–15) |
Kejuaraan terbanyak | Anderlecht (33 gelaran) |
Tapak sesawang | jupilerproleague.be |
![]() |
Liga ini telah ditubuhkan pada 1895 oleh Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (KBVB) dan pertama kali dimenangi oleh FC Liégeois. 74 kelab telah bertanding sejak penubuhan divisyen ini dan 15 kelab telah menjuarai divisyen ini. RSC Anderlecht menjadi kelab paling berjaya dengan memenangi 33 gelaran diikuti Club Brugge KV (13), Union Saint-Gilloise (11) dan Standard Liège (10). Divisyen ini kini berkedudukan ke-19 oleh UEFA berdasarkan aksi dalam kejohanan Eropah dalam tempoh lima tahun.[1] Divisyen ini berada di tempat ketiga ketika UEFA baru ditubuhkan pada 1979 dan pada tahun seterusnya pada 1980, divisyen ini menjadi divisyen teratas UEFA.