Liga Super Malaysia 2015
From Wikipedia, the free encyclopedia
Astro Liga Super Malaysia 2015 merupakan edisi yang ke-12 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. Dua belas (12) pasukan bertanding; enam (6) pasukan negeri, lima (5) pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura. Juara akan layak ke peringkat kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2016.
Fakta Segera Musim, Juara ...
Musim | 2015 |
---|---|
Juara | Johor Darul Ta'zim (Kejuaraan Kedua) |
Disingkirkan | ATM FA Sime Darby |
Liga Juara-Juara AFC | Johor Darul Ta'zim |
Piala AFC | Selangor FA |
Jumlah perlawanan | 29 |
Jumlah gol | 92 (3.17 per perlawanan) |
Penjaring gol terbanyak | Dramane Traore (19 gol) |
Kemenangan terbesar tuan rumah | Selangor 4 - 0 LionsXII (18 April 2015)[1] |
Kemenangan terbesar pelawat | Kelantan 0-4 PDRM (21 Februari 2015) |
Gol tertinggi | LionsXII 5 - 3 PDRM (7 Februari 2015)[1] |
Tanpa menang berturut-turut paling lama | 20 Perlawanan Sime Darby |
Kalah berturut-turut paling lama | 4 Perlawanan Sime Darby |
Kehadiran | 106,979 |
Kehadiran tertinggi | 21,618[2] Johor DT 2–0 Pahang (31 Januari 2015) |
Kehadiran terendah | 0[2] Johor Darul Ta'zim 1-0 Terengganu (20 Jun 2015) |
Purata kehadiran | 8915 |
← 2014 2016 →
Semua statistik tepat pada 7 February 2015. |
Tutup
Astro, sebuah syarikat penyiaran televisyen satelit Malaysia akan terus menjadi penaja utama Liga. Media Prima Berhad pula akan menjadi penyiar rasmi musim ini menggantikan Astro Arena.
Johor Darul Ta'zim FC adalah juara bertahan dalam edisi kali ini setelah buat pertama kalinya menjuarai edisi terdahulu.