Likopena
From Wikipedia, the free encyclopedia
Likopena atau dalam bahasa Inggeris; Lycopene (berasal dari perkataan Yunani iaitu lykopersikon, beerti tomato[1]) adalah sejenis pigmen karotena dan karotenoid berwarna merah terang dan juga merupakan sejenis fitokimia yang dijumpai dalam kebanyakan buah tomato dan buah-buahan dan sayuran berwarna merah, seperti lobak merah, tembikai dan betik, (namun bukan dalam buah beri dan ceri seperti strawberi dan ceri merah). Memandangkan likopena adalah sejenis kimia karotena, makan tiada aktiviti perubahan kepada bentuk Vitamin A berlaku.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
ψ,ψ-carotene | |
Nama lain
(6E,8E,10E,12E,14E,16E,18E,20E,22E,24E,26E)-2,6,10,14,19,23,27,31-octamethyldotriaconta-2,6,8,10,12,14,16,18,20,22,24,26,30-tridecaene | |
Pengecam | |
| |
Imej model 3D Jmol |
|
ChemSpider |
|
ECHA InfoCard | 100.007.227 |
Nombor EC |
|
Nombor E | E160d (pewarna) |
PubChem CID |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA) |
|
| |
| |
Sifat | |
C40H56 | |
Jisim molar | 536.873 g/mol |
Rupa bentuk | Pepejal merah mendalam |
Takat lebur | 172–173 °C |
Tidak larut | |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
Y pengesahan (apa yang perlu: Y/N?) | |
Rujukan kotak info | |
Dalam tumbuhan, algae, dan lain-lain organisma fotosintesis, likopena sangat penting bahan kimia perantara dalam tindakbalas biosintesis dalam banyak karotenoid, termasuklah beta karotena, ia penting dalam membiaskan pigmen warna kuning, oren dan merah, fotosintesis dan penjagaan-foto (photo-protection). Seperti karotenoid yang lain, likopena adalah hidrokarbon politaktepu (an unsubstituted alkene). Strukturnya, berbentuk tetraterpena berhimpun dari lapan unit isoprena, merangkumi kemasukan karbon dan hidrogen, dan tidak larut dalam air. Sebelas Likopena ikatan gada dua (kimia) memberikan warna merah yang dalam dan bertanggugjawab bagi memangkinkan aktiviti antipengoksidaan. Berikutan warnanya yang kuat dan tidak bertoksid, likopena banyak digunakan dalam industri bahan pewarna makanan yang amat berguna (didafatar di Eropah sebagai E160d).[2]
Likopena bukanlah nutrien penting bagai tubuh badan manusia, tetapi ia amat sinonim dan banyak dijumpai dalam diet harian, khususnya dalam makanan yang mengndungi salad bersos tomato, yogurt buah tropika dan lain-lain. Likopena diangkut dalam darah sejak dari resapannya di salur ususoleh pelbagai lipoprotein dan kemudiannya akan berakumulasi dalam hati, kelenjar adrenal dan kelenjar testis.
Berikutan dari penemuan kajian tentang kaitan antara pengambilan tomato dalam diet harian dan risiko kanser, likopena telah dianggap sebagai agen yang berpotensi menghindari pemakan tomato itu dari terkena kanser, khususnya kanser prostat. Maka dengan itu pakar menasihatkan agar ramai lelaki mengambil tomato sebagai buah-sayur pilihan yag dapat mengurangkan risiko kanser prostat.