From Wikipedia, the free encyclopedia
Lintasan pejalan kaki atau lintasan pejalan sahaja adalah tempat yang ditetapkan untuk para pejalan kaki menyeberangi jalan raya. Lintasan ini direka bentuk supaya mereka boleh dilihat oleh pemandu kenderaan dan mereka boleh melintas dengan selamat menyeberangi aliran lalu lintas kenderaan.
Di Eropah, lintasan belang adalah jenis kemudahan lintasan yang biasa ditemui. Susunan kata "lintasan pejalan kaki" digunakan dalam beberapa perjanjian lalu lintas dan isyarat jalan raya antarabangsa seperti Konvensyen Vienna mengenai Lalu Lintas Jalan Raya dan Konvensyen Vienna mengenai Papan Tanda dan Isyarat Jalan Raya.
Lintasan pejalan kaki yang bertanda sering kali dijumpai di persilangan, tetapi mungkin juga di titik lain pada jalan raya yang sibuk kerana ia mungkin tidak selamat untuk menyeberangi jalan tanpa bantuan disebabkan oleh jumlah kenderaan, kelajuan atau lebar jalan. Ia biasanya ditemui di mana pejalan kaki cuba untuk melintas (seperti kawasan beli-belah) atau terdapat pengguna jalan raya terdedah (seperti kanak-kanak sekolah) yang kerap melintas. Peraturan penggunaan lintasan pejalan kaki dikeluarkan bagi memastikan keselamatan, contohnya di sesetengah kawasan, pejalan kaki mesti berada lebih daripada separuh jalan menyeberangi lintasan sebelum pemandu meneruskan pemanduan.
Lintasan pejalan kaki telah wujud lebih dari 200 tahun dahulu, seperti yang boleh dilihat pada tinggalan di Pompeii. Blok-blok dinaikkan pada jalan, membenarkan pejalan kaki menyeberangi jalan tanpa perlu melangkah pada jalan itu sendiri yang juga digunakan sebagai sistem saliran dan pembuangan kumbahan. Ruang-ruang di antara blok membenarkan pedati yang dibawa oleh kuda untuk menggunakan jalan itu.[1]
Isyarat lintasan pejalan kaki pertama telah didirikan di Bridge Street, Westminster, London pada Disember 1868. Ia merupakan idea John Peake Knight, jurutera kereta api, yang memikirkan bahawa ia akan menyediakan satu cara yang selamat bagi membenarkan pejalan kaki menyeberangi jalan yang sibuk itu. Isyarat tersebut terdiri daripada lengan semafor (dibuat oleh Saxby dan Farmer, yang merupakan pembuat isyarat kereta api), yang boleh dinaikkan dan diturunkan secara manual oleh konstabel polis yang akan memutarkan pemegang di tepi tiang. Lengan semafor itu diimbuhkan dengan lampu bercahaya gas di puncak tiang (hijau dan merah) bagi meningkatkan kebolehlihatan isyarat pada waktu malam. Walau bagaimanapun, pada Januari 1869, gas yang digunakan itu telah bocor dan menyebabkan letupan, mencederakan konstabel polis.[2] Tiada kerja selanjutnya dilakukan pada lintasan pejalan kaki berisyarat sehinggalah 50 tahun kemudian.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.