Little Miss Sunshine
From Wikipedia, the free encyclopedia
Little Miss Sunshine ialah sebuah filem drama-komedi Amerika Syarikat 2006 diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Valerie Faris. Skrip ditulis oleh Michael Arndt. Filem ini dibintangi Greg Kinnear, Steve Carell, Toni Collette, Paul Dano, Abigail Breslin dan Alan Arkin dan dihasilkan oleh Big Beach Films dengan bajet sebanyak US$8 juta.[1][2] Penggambaran bermula pada Jun 6, 2005 dan mengambil tempat selama lebih 30 hari di Arizona dan California Selatan.
Little Miss Sunshine | |
---|---|
Pengarah | Jonathan Dayton Valerie Faris |
Penulis | Michael Arndt |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Tim Suhrstedt |
Disunting oleh | Pamela Martin |
Muzik oleh | Mychael Danna |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Fox Searchlight Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 101 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $8 juta |
Pecah panggung | $100.5 juta |
Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance pada Januari 20, 2006 dan hak pengedarannya dibeli oleh Fox Searchlight Pictures.[3] Filem ini mengadakan tayangan terhad di Amerika Syarikat pada Julai 26, 2006 dan kemudiannya ditayangkan lebih meluas bermula Ogos 18.[1]
Little Miss Sunshine mengutip $100.5 juta di seluruh dunia. Filem ini dicalonkan empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan memenangi dua: Skrip Asal Terbaik untuk Michael Arndt dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk Alan Arkin.