Loji Kuasa Nuklear Fukushima I
From Wikipedia, the free encyclopedia
Loji Kuasa Nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所code: ja is deprecated , Fukushima Dai-ichi (pronunciation) Genshiryoku Hatsudensho, Fukushima I NPP), juga dikenali sebagai Fukushima Dai-ichi (dai-ichi bermaksud "nombor satu" atau "pertama"), merupakan sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di sebidang tanah berkeluasan 3,500,000-meter-persegi (860-ekar)[1] di pekan Okuma dan Futaba di Daerah Futaba, Wilayah Fukushima, Jepun. Loji yang mula digunakan pada tahun 1971 ini terdiri daripada enam reaktor air didih (boiling water reactor, BWR). Reaktor-reaktor air ringan ini [2] memacu penjana elektrik dengan kuasa sejumlah 4.7 GWe, menjadikan Fukushima I sebagai salah satu daripada 15 buah stesen kuasa nuklear yang terbesar di dunia. Fukushima I merupakan loji nuklear pertama yang dibina dan dikendali sepenuhnya oleh syarikat Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi 9.0 yang disusuli oleh tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, sekaligus mematikan sistem penyejukan reaktor sambil mencetuskan perintah berpindah yang meluas di kawasan sekeliling loji, oleh itu ia tiada harapan untuk dibuka semula.
Fukushima I Nuclear Power Plant | |
---|---|
Negara | Jepun |
Lokasi | Ōkuma, Fukushima |
Koordinat | 37°25′22.7″N 141°01′58.5″E |
Status | Unit 1-4: Musnah teruk, dilupuskan Unit 5-6: Rosak sedikit, dimatikan |
Pembinaan bermula | 25 Julai 1967 (1967-07-25) |
Tarikh tauliah | 26 Mac 1971 (1971-03-26) |
Pengendali | Tokyo Electric Power Company |
Pembina | Kajima |
Maklumat reaktor | |
Reactors operational | 1 × 460 MWe (Unit 1 rosak) 4 × 784 MWe (Unit 2, 3, dan 4 rosak; Unit 5 mengalami masalah penyejukan) 1 × 1,100 MWe (Unit 6 mengalami masalah penyejukan) |
Reactors planned | 2 × 1,380 MWe |
Reactor type(s) | Reaktor Air Didih |
Reactor supplier(s) | General Electric Toshiba Hitachi |
Maklumat janaan kuasa | |
Keupayaan tersedia | 4,696 MW |
Keupayaan maksimum | 7,456 MW |
Janaan tahunan | 29,891 GW·h |
Jumlah janaan | 877,692 GW·h |
Tapak web http://www.tepco.co.jp/nu/f1-np/press_f1/2010/2010-j.html | |
As of March 14, 2011 | |
Webcam |
Loji Kuasa Nuklear Fukushima II, atau Fukushima Dai-ni, terletak 11.5 kilometer (7.1 bt) di selatan Fukushima I dan juga dikendali oleh TEPCO.