Lotte Mart
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lotte Mart ialah pasar raya besar Korea Selatan yang menjual pelbagai barang runcit, pakaian, mainan, elektronik, dan barang-barang lain, dengan markas di Korea Selatan.[1] Lotte Mart ialah bahagian dari Lotte Co., Ltd. yang menjual perkhidmatan makanan dan membeli-belah di Korea Selatan dan Jepun.[2] Lotte Mart, sebahagian daripada konglomerat Korea "Lotte", membuka cawangan pertamanya di Guui-dong, GangByeon, Seoul, Korea pada 1 April 1998.[3] Pada tahun 2006, Lotte Mart membuka cawangan pertama di luar negara. Pada 8 Ogos 2011, Lotte Mart memiliki 199 cawangan (92 cawangan di Korea, 82 cawangan di China, 23 cawangan di Indonesia, dan 13 cawangan di Vietnam).[4] Jenama yang dibuat dan dijual oleh Lotte termasuk Herbon, Wiselect, Withone, Basicicon, Tasse Tasse, dan Gerard Darel.
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Peruncitan |
Ditubuhkan | 1998 |
Pengasas | Shin Kyuk-Ho |
Ibu pejabat | Seoul , Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Keluaran | Makanan segar, makanan yang diproses, barang harian, perkakas elektrik, pakaian dan lain-lain |
Pemilik | Lotte Shopping |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada bulan April 2018, Lotte Mart mengesahkan untuk keluar dari operasi Beijing dengan menjual 21 gedung Beijingnya kepada pengendali pasar raya China, Wumei Holdings Inc.[5]