Louis IX (25 April 1214– 25 Ogos 1270), biasanya dikenali sebagai Saint Louis, adalah Raja Perancis bermula pada tahun 1226 sehingga kematian beliau. Louis telah dimahkotakan di Reims semasa berumur 12 tahun selepas kematian bapa beliau Louis VIII si Singa, walau bagaimanapun ibu beliau, Blanche dari Castile, memerintah kerajaan sehingga beliau matang. Semasa Louis masih kanak-kanak, Blanche berhadapan dengan tentangan pemberontakan daripada wilayah vassal dan beliau berjaya menumpaskan perang salib Albigensia yang mana bermula 20 tahun sebelumnya.
Fakta Segera Saint Louis IX, Raja Perancis (lagi...) ...
Isabella, Ratu Navarre Louis dari Perancis Philip III dari Perancis John Tristan, Count Valois Peter, Count Perche dan Alençon Blanche, Infanta dari Castile Margaret, Duchess Brabant Robert, Count Clermont Agnes, Duchess Burgundy
Sebagai seorang dewasa, Louis IX berhadapan dengan konflik yang berulang-ulang dengan beberapa orang bangsawan yang berkuasa seperti Hugh X dari Lusignan dan Peter dari Dreux. Pada masa yang sama, Henry III dari England cuba untuk mengambil kembali pegangan jajahan di Peancis, tetapi dikalahkan dalam Pertempuran Taillebourg. Semasa zaman pemerintahan beliau, beberapa wilayah Perancis telah diilhak seperti Normandy, Maine dan Provence.
Brown, Elizabeth A. R. (Autumn 1990). "Authority, the Family, and the Dead in Late Medieval France". French Historical Studies. 16 (4).
Davis, Jennifer R. (Autumn 2010). "The Problem of King Louis IX of France: Biography, Sanctity, and Kingship". Journal of Interdisciplinary History. 41 (2): 209–225. doi:10.1162/JINH_a_00050.
Dupuy, Trevor N. (1993). The Harper Encyclopedia of Military History. HarperCollins.
Gaposchkin, M. Cecilia. (2008). The Making of Saint Louis: Kingship, Sanctity, and Crusade in the Later Middle Ages. Cornell University Press. ISBN9780801476259.
Goldstone, Nancy (2007). Four Queens: The Provençal Sisters who ruled Europe. New York: Viking Penguin. ISBN9780670038435.