Isabella dari Perancis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Isabella dari Perancis (sekitar 1295 – 22 Ogos, 1358), kadang kala digambarkan sebagai Serigala Jadian dari Perancis,[1] merupakan seorang permaisuri kepada Edward II dari England dan ibu kepada Edward III. Beliau merupakan anak termuda dan satu-satunya anak perempuan yang hidup bagi Philip IV dari Perancis dan Joan I dari Navarre.
- Untuk tokoh lain yang bernama Isabella dari Perancis, sila lihat Isabella dari Perancis (nyahkekaburan).
Remove ads
Ketika masih bayi, Isabella dijanjikan untuk dikahwinkan oleh bapanya kepada Raja Edward II dari England; bertujuan bagi menyelesaikan pertikaian antara Perancis dan England berkenaan milik England ke atas Gascony dan tuntutan ke atas Anjou, Normandy dan Aquitaine. Pope Boniface VIII telah menggalakkan perkahwinan tersebut seawal 1298 tetapi telah dilewatkan oleh tawar menawar mengenai syarat kontrak perkahwinan. Raja Inggeris, Edward I, turut cuba membatalkan pertunangan tersebut beberapa kali. Hanya selepas kematiannya, pada 1307, barulah perkahwinan tersebut berlaku.
Bakal suami Isabella, Raja Edward II yang baru, kelihatan sebagai raja Plantagenet yang sempurna. Dia tinggi, seperti ahli sukan, dan popular pada awal pemerintahannya. Isabella dan Edward dikahwinkan di Boulogne-sur-Mer pada 25 Januari 1308.
Pada masa perkahwinannya, Isabella kemungkinannya sekitar dua belas tahun dan digambarkan oleh Geoffrey dari Paris sebagai "tercantik antara yang cantik... dalam jajahan takluk sekiranya tidak di seluruh Eropah." Perkataan ini mungkin bukan sekadar mewakili kesopanan dan pujian piwaian di raja oleh seorang pengarang, oleh kerana bapa Isabella dan saudara lelakinya digambarkan sebagai amat kacak dalam penulisan sejarah. Isabella dikatakan menyerupai bapanya, dan bukan ibunya, ratu regnant dari Navarre, wanita gempal dengan kulik agak gelap.[2] Ini menunjukkan bahawa Isabella adalah langsing dan berkulit putih.
Remove ads
Lihat juga
- Perang Seratus Tahun
- Geoffrey le Baker
- Vita Edwardi Secundi
Nota
Sumber
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads