![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/da/Flag_of_Luxembourg.svg/langms-640px-Flag_of_Luxembourg.svg.png&w=640&q=50)
Luxembourg di Pertandingan Lagu Eurovision
From Wikipedia, the free encyclopedia
Luxembourg telah menyertai Pertandingan Lagu Eurovision sebanyak 37 kali sejak membuat penampilan sulungnya dalam pertandingan pertama pada 1956. Antara tahun 1956 dan 1993, Luxembourg hanya ketinggalan pertandingan 1959. Sejak 1994, Luxembourg tidak menyertai pertandingan ini. Luxembourg telah memenangi pertandingan ini sebanyak lima kali. Hanya Ireland (tujuh) dan Sweden (enam) mempunyai lebih banyak kemenangan.
Luxembourg | |
---|---|
![]() | |
Stesen ahli | RTL |
Acara pemilihan kebangsaan | Pemilihan Dalaman
Pusingan Akhir Kebangsaan
|
Ringkasan penyertaan | |
Penampilan | 37 |
Penampilan pertama | 1956 |
Penampilan terakhir | 1993 |
Keputusan terbaik | Pertama: 1961, 1965, 1972, 1973, 1983 |
Keputusan teruk | Terakhir: 1958, 1960, 1970 |
Mata undian | 1970 |
Pautan luar | |
Halaman Luxembourg di Eurovision.tv | |
![]() Luxembourg di Pertandingan Lagu Eurovision 1993 |
Pada tahun 2014, Menteri Kebudayaan Luxembourg, Maggy Nagel, menyatakan hasratnya untuk kembali ke pertandingan itu.[1][2][3] Ini kemudian dijelaskan sebagai "salah faham".[4] Kerjasama dengan San Marino (SMRTV) telah dicadangkan,[5][6] tetapi kemudian diumumkan bahawa projek itu tidak akan bergerak ke depan disebabkan oleh masalah pendanaan.[7]