M. Daud Kilau
penyanyi veteran lelaki Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dato' Mohd Daud bin Kilau, DPMP (lebih dikenali sebagai M. Daud Kilau ; 10 Julai 1938 – 18 Disember 2023) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada 10 orang adik-beradik.
M. Daud Kilau | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Daud bin Kilau (1938-07-10)10 Julai 1938 |
Meninggal dunia | 18 Disember 2023(2023-12-18) (umur 85) |
Sebab kematian | Jangkitan kuman dalam darah |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1968–2019 |
Pasangan |
|
Anak-anak | 1 |
Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.
Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Dato'. Beliau disahkan meninggal dunia Pada 18 Disember 2023 di Hospital Teluk Intan Perak akibat Jangkitan Kuman dalam Darah. [1]