From Wikipedia, the free encyclopedia
Maharani Myeongseong (Hangul: 명성황후; Hanja: 明成皇后; RR: Myeongseong Hwanghu; MR: Myŏngsŏng Hwanghu; 19 Oktober 1851 – 8 Oktober 1895) merupakan permaisuri pertama Gojong iaitu raja ke-26 kerajaan Joseon serta maharaja pertama Empayar Korea.
Maharani Myeongseong 명성황후 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharani damping Korea (anumerta) | |||||
Permaisuri Joseon | |||||
Tempoh | 20 Mac 1866 – 8 Oktober 1895 | ||||
Regen Joseon | |||||
Tempoh | 6 July 1895 – 8 Oktober 1895 | ||||
Raja | Gojong | ||||
Tempoh | 1 November 1873 – 1 Julai 1894 | ||||
Monarch | Gojong | ||||
Keputeraan | 19 Oktober 1851 Yeoju, Kerajaan Joseon | ||||
Kemangkatan | 8 Oktober 1895 43) Okhoru Pavilion, Istana Gyeongbok, Kerajaan Joseon | (umur||||
Pemakaman | Hongneung | ||||
Pasangan | Raja Gojong | ||||
Anakanda | Maharaja Sunjong | ||||
| |||||
Kerabat | Yeoheung Min | ||||
Ayahanda | Min Chi-Rok | ||||
Bonda | Ibu Lee puak Lee Hansan |
Kerajaan Meiji Jepun menganggap peranan baginda sebagai suatu penghalang kepada peluasan kuasa Jepun melangkaui pulau-pulau asalnya.[1] Langkah percubaan yang dibuat melalui pemberontakan yang gagal mendorong ayahanda raja Gojong, Heungseon Daewongun, agar menekankan puterinya lebih tegas menentang pengaruh kuasa Jepun yang semakin kuat dan mendekati Korea.[2]
Baginda diputerikan dalam keluarga bangsawan Min cabang Yeoheung pada 19 Oktober 1851[3] di Yeoju, Gyeonggi.[4] Keluarga Min ini banyak melahirkan tokoh-tokoh bangsawan yang berpengaruh dalam kerajaan tersebut termasuk dua permaisuri iaitu Permaisuri Wonyeong (kepada Raja Taejong) dan Permaisuri Inhyeon (kepada Raja Sukjong).[4]
Pada tahun 1881, baginda menghantar satu pasukan diketuai Kim Hongjip ke Jepun untuk melihat perkembangan di sana. Kim dan pengikutnya terkejut mendapati kota-kota di Jepun lebih cepat membangun daripada yang ada di Joseon 50 tahun sebelumnya, terutamanya Tokyo dan Osaka. Di sambil itu, mereka memperolehi maklumat mengenai inovasi yang diwujudkan Jepun hasil hubungan negara itu dengan dunia Barat. Hasil laporan yang dihimpunkan dipersembahkan kepada baginda Maharani yang mengarahkannya disebarkan kepada para menterinya. Kelompok cendekiawan dalam kalangan yangban yang menganggap ia merosakkan susunan masyarakat Joseon sangat membantah pengenalan kepada idea-idea baru yang diilhamkan itu, namun baginda bertekad dengan keputusannya.
Baginda mula merombak pengurusan kerajaan dengan mewujudkan 12 jabatan yang bertanggungjawab atas urusan bersama kuasa-kuasa asing, sebuah jabatan untuk memodenkan angkatan tentera Joseon sert satu jabatan lagi untuk membawa masuk teknologi Barat.
Baginda tidak melihat agama Kristian itu sebagai suatu gugatan kepada lingkungan masyarakat Joseon yang Konfusianis seperti ayahanda iparnya, yang bertindak melakukan penindasan terhadap penganut-penganut itu. Malah, baginda melihat bawaan ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah Barat, sains dan matematik sebagai memanfaatkan Joseon. Baginda dengan kuasa yang diberikan kepadanya mula membenarkan mubaligh-mubaligh masuk ke dalam Joseon, bermula pada tahun 1885.
Baginda mula membenarkan sebuah institusi pendidkan diwujudkan di Seoul pada tahun 1886 bernama Akademi Ewha diuruskan Mary F. Scranton, seorang mubaligh dari Amerika Syarikat.[5][6] Tempat pengajian ini mellaui beberapa perubahan sehingga ia dikenali kini sebagai Universiti Wanita Ewha.
Senjata-senjata moden mula dibawa masuk dari Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1883, kelengkapan askar pertama mula dihasilkan pada tahun berikutnya. Baginda dan Raja Gojong membuat permintaan kepada Amerika Syarikat terutamanya untuk mempercepatkan usaha memodenkan kekuatan tentera mereka.
Semua pelabuhan di Joseon mula dibuka kepada kapal-kapal Jepun dan Barat pada tahun 1888, lalu ia cepat mempercepatkan perdagangan asing dengan pesat. Sejenis syiling khas bernama tangojeon dihasilkan pada 1884 sebagai suatu matawang yang satbil digunakan di negara tersebut.
Setelah Jepun memenangi Perang China-Jepun Pertama, Joseon berada di bawah pengaruh kuasa Jepun. Baginda Maharani mendokong hubungan kuat antara Korea dan Rusia sebagai suatu percubaan tindak balas menghalang pengaruh Jepun di Korea. Menteri Jepun di Korea, Miura Gorō, memihak puak Daewongun yang dianggap menyokong kuasa Jepun.
Pada awal pagi 8 Oktober 1895, Rejimen Hullyeondae yang taat setia pada Daewongun menyerang para pengawal istana Gyeongbokgung. Rusuhan ini pula membenarkan sekumpulan ronin khas untuk menceroboh istana dan membunuh si maharani dalam istananya atas arahan Gorō. Pembunuhan tersebut - di mana mayat baginda dibakar para pembunuh dan ditanam setelah dibunuh - menimbulkan kemarahan dalam kalangan kuasa-kuasa penting dunia pada masa itu.[7]
Pembunuhan ini mencetuskan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Korea melalui pemaktuban undang-undang tertentu, pewujudan tentera sukarelawan khas serta tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.[8]Maharaja Gojong serta putera mahkotanya (kemudiannya Maharaja Sunjong) melarikan diri ke bangunan kedutaan Rusia di Seoul tdiak lama selepas pembunuhan Maharani pada tahun 1896. Tindakan ini mendorong kepada pemansuhan Pembaharuan Gabo yang dipengaruhi campur tangan Jepun.[8] Baginda Maharaja kembali ke Gyeongungung (kini Deoksugung) pada sekitar bulan Oktober 1897, di mana baginda mengisytiharkan pembentukan Empayar Korea.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.