From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Bandaraya Johor Bahru merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Johor Bahru, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk dan bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. Menara MBJB terletak di No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum di pusat bandaraya Johor Bahru.
Majlis Bandaraya Johor Bahru | |
---|---|
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman (sejak 2021) |
Setiausaha | Haji Miswan bin Yunus |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Memperkukuh Daya Tahan Johor Bahru Ke Arah Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya Dan Lestari | |
Tempat persidangan | |
Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, Johor Bahru | |
www | |
Catatan kaki | |
Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru atau Johor Bahru Municipal Council sehingga 1993 | |
sunting |
Penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula dengan Lembaga Bandaran pada 1910. Seterusnya, ia dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1952. Pada 1 April 1977, ia telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan diketuai oleh seorang Yang Dipertua. Bermula pada 1 Januari 1994, Johor Bahru telah dinaik taraf sebagai bandar raya dan diketuai oleh seorang Datuk Bandar.
# | Nama Yang Dipertua | Tempoh menjawat |
---|---|---|
1. | Datuk Tunku Ahmad Ibrahim Tunku Jefri Ahmad Ismail | 1977-1984 |
2. | Datin Aminah Azizah Mariam | 1984-1984 |
3. | Dato' Ashari Rafael | 1984-1993 |
Parlimen | Kawasan |
---|---|
Tebrau | Tiram, Desa Cemerlang, Pelangi Indah, Setia, Austin, Dato Onn, Setia Tropika, Kampung Baru Sri Aman, Kampung Maju Jaya,Taman Johor, Kawasan Kempas Denai, Taman Damansara Aliff,Kampung Perindustiran Tampoi Jaya, Taman Kempas Bukit, Kampung Palas, Kangkar Tebrau (Taman Daya), Mount Austin Taman Desa Tebrau, Kampung Ulu Kempas, Taman Kempas, Kempas Permatang, Kemajuan Tanah Tebrau, Taman Purnama, Kempas Denai, Kempas Baru, Alexandere Avenue, Taman Perindustrian Gembira, Kawasan Perindustrian Tebrau , Taman Puteri Wangsa, Taman Gaya, Taman Munsyi Ibrahim, Taman Kempas Baru, Taman Cempaka, |
Pasir Gudang | Taman Johor Jaya, Taman Rinting/Sri Plentong, Permas Jaya Teluk Jawa, Taman Molek |
Johor Bahru | Bandar Baru UDA, Larkin, Taman Larkin Perdana, Larkin Jaya, Geylang Baru, Kampung Noik Chik, Taman Sei Tebrau, Taman Sentosa, Kampung Skudai, Striats View, Kampung Perindustrian Dato Onn, Kampung Ubi Baru, Kampung Perumahan Bandar Baru Tampoi Uda, Kampung Melayu Majidee/Taman Suria, Kebun Teh, Bakar Batu, Stulang, Taman Pelangi/Taman Sentosa, Wadi Hana/Taman Abad |
Pulai | Tampoi, Kempas, Pekan Tampoi, Danga Bay, Bandar |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.