Malé
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Malé (bahasa Divehi: މާލެ) ialah ibu negara dan bandar raya paling padat di Republik Maldives. Secara geografi, ia terletak di selatan Atol Malé Utara, yang merupakan sebahagian daripada kawasan pentadbiran Atol Kaafu. Walaupun bagaimanapun, bandar raya tersebut ditadbir oleh Majlis Bandaraya Malé. Keluasan bandar raya ini meliputi kawasan seluas 5.798 kilometer persegi (2.239 bt2) dan ia semakin membesar disebabkan oleh projek penebusgunaan tanah.
Malé merupakan pusat politik, kebudayaan, ekonomi dan kewangan yang utama di Maldives; malah seluruh negara Maldives diberi nama sempena kota ini bermaksud "pulau-pulau Malé".[1] Pada tahun 2012, Malé mempunyai jumlah penduduk kira-kira 105,000 orang. Bandar raya ini dihubungkan dengan dunia luar oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir yang terletak di Pulau Hulhulé.
Remove ads
Geografi
Iklim
Malé mempunyai iklim monsun tropika di bawah pengelasan iklim Köppen. Musim lembap di bandar raya ini berlaku dari bulan Mei sehingga Disember manakala musim keringnya pula meliputi empat hingga lima bulan selebihnya. Tidak seperti bandar raya-bandar raya lain di dunia dengan iklim ini, Malé mengalamai suhu yang agak konsisten sepanjang tahun dengan suhu tinggi purata 30 darjah Celsius dan suhu rendah purata 26.5 darjah Celsius. Keadaan tersebut adalah menyerupai min harian purata sepanjang tahun di bandar raya di kawasan khatulistiwa.
Kerpasan tahunan di Malé biasanya lebih sedikit daripada 1600 mm.
Remove ads
Pembahagian pentadbiran
Bandar raya Malé dibahagikan kepada enam bahagian dimana empat daripadanya berada di pulau Malé iaitu Henveiru, Galolhu, Maafannu dan Macchangolhi. Dua bahagian lain pula adalah Vilimalé yang terletak di pulau Vilingili serta pulau buatan Hulhumalé yang mula diduki pada tahun 2004. Rancangan untuk mewujudkan sebuah pulau pelabuhan juga telah dimulakan di terumbu Gulhi Falu.[5]
Remove ads
Bandar berkembar dan bandar raya bersaudara
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads