Mandat Perancis untuk Syria dan Lubnan[lower-alpha 1] (1923–1946)[1] adalah satu mandat Liga Bangsa[2] yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Pertama dan pemisahan Empayar Uthmaniyah mengenai Syria dan Lubnan. Sistem mandat sepatutnya berbeza berbanding dengan penjajahan dengan negara yang mentadbir bertindak sebagai pemegang amanah sehingga penduduk negara yang diamanahkan itu mampu berdiri sendiri. Pada ketika itu, mandat tersebut akan ditamatkan dan sebuah negara merdeka akan lahir.[3]

Semasa dua tahun selepas berakhirnya perang pada 1918 – dan mengikut Perjanjian Sykes–Picot yang ditandatangani oleh pihak Britain dan Perancis semasa perang – British mengawal kebanyakan kawasan Mesopotamia Uthmaniyah (Iraq moden) dan bahagian selatan Syria Uthmaniyah (Palestin dan Transjordan), manakala Perancis mengawal bahagian Syria Uthmaniyah yang lain, Lubnan, İskenderun (Hatay) dan kawasan lain di tenggara Turki.[2] Pada awal 1920-an, kawalan British dan Perancis di wilayah-wilayah tersebut menjadi rasmi melalui sistem mandat Liga Bahasa dan pada 29 Septemer 1923, Perancis diberikan mandat Liga Bangsa di Syria, yang termasuk juga wilayah Lubnan pada masa kini dan İskenderun.[4]

Pentadbiran wilayah di bawah Perancis telah dijalankan melalui beberapa pemerintah dan wilayah, termasuklah Persekutuan Syria, Negeri Syria dan Republik Syria, serta beberapa negeri kecil: Negeri Lubnan Besar, Negeri Alawiyah dan Negeri Jabal Duruz. Hatay diilhakkan oleh Turki pada 1939. Mandat Perancis berakhir pada 1943 apabila dua negara merdeka bergabung, Syria dan Lubnan. Angkatan Perancis meninggalkan Syria dan Lubnan sepenuhnya pada 1946.[5]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.