Maraton
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan maraton (Tulisan Jawi: ماراتون) merupakan suatu perlumbaan yang melibatkan berjalan, berlari biasa mahupun berlari anak-anak dengan jarak yang tetap sebanyak 42.195 kilometer (26.219 batu atau 26 batu 385 ela),[1] yang biasanya berlangsung di sebatang jalan raya besar.
Fakta Segera Olahraga, Rekod lelaki ...
Olahraga Maraton | |
---|---|
Rekod lelaki | |
Dunia | Eliud Kipchoge 2:01:39 (2018) |
Olimpik | Samuel Wanjiru 2:06:32 (2008) |
Rekod wanita | |
Dunia | Paula Radcliffe 2:15:25 (2003) |
Olimpik | Tiki Gelana 2:23:07 (2012) |
Tutup
Acara sukan ini dikatakan bermula apabila seorang askar pengutus bernama Pheidippides berlari membawa berita kemenangan tentera Yunani mengalahkan tentera Parsi dalam Pertempuran Marathon[2] yang berlaku sekitar took Ogos atau September tahun 490 SM.[3] Pheidippides membuat larian dari Marathon ke Athens, yang mana jarak antara kedua-dua lokasi ini diukur sejauh 26 batu, iaitu bersamaan 41.8 kilometer.