Pertempuran Marathon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran Marathon (Bahasa Yunani Kuno: Μάχη τοῦ Μαραθῶνοςcode: grc is deprecated , Machē tou Marathōnoscode: grc is deprecated ) berlangsung pada 490 SM di dataran Marathon terletak 26 batu dari Athens di pesisiran timur laut Yunani. Ia berlaku antara negara-negara kota Athens dan Plataea yang dipimpin oleh Miltiades dengan tentera Empayar Parsi yang dipimpin bersama Artaphernes dan Datia. Ia dimenangi oleh Miltiades. Anggaran bilangan tentera yang terbabit adalah 10,000 orang warga Athens dan 1,000 orang warga Platea menentang 15,000 anggota tentera Parsi.
Pertempuran Marathon | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Yunani-Parsi | |||||||
Dataran Marathon hari ini. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Athens, Plataea | Empayar Achaemenid/Empayar Parsi | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Miltiades, Callimachus † |
Datis Artaphernes (anak Artaphernes) | ||||||
Kekuatan | |||||||
9,000–10,000 warga Athens, 1,000 warga Plataea | 25,000 askar infantri dan 1,000 askar berkuda (anggaran moden)[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
192 warga Athens, 11 warga Plataea (Herodotus) 1,000–3,000 mati (anggaran moden)[2] |
6,400 terkorban 7 kapal binasa (Herodotus) 4,000–5,000 terkorban (anggaran moden)[2] | ||||||
Pertempuran ini berjaya dimenangi pihak Yunani lalu menjadi titik penting dalam Perang Yunani-Parsi yang mengekalkan kebebasan negara bandar mereka serta menahan kemaraan dan penaklukan Parsi selama beberapa abad. Ia menjadi pembangkit semangat pihak Yunani bagi menyedari bahawa mereka berpeluang untuk berjaya untuk kali keduanya.
Butiran tepat permulaan perang ini didasarkan perkiraan falaki lalu diselaraskan dengan pentarikhan takwim Julius yang dipersetujui para sejarawan semasa - Philipp August Böckh terdahulu mencadangkan tarikh 12 September 490 SM yang diterima umum,[3] namun tanggal 12 Ogos 490 SM juga diterima berdasarkan pertimbangan penggunaan takwim Sparta yang sebulan ke hadapan daripada takwim Athens.[3]