Masjid Agung Aleppo
Masjid lama dan terbesar di Aleppo, Syria / From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Agung Aleppo (Arab: جامع حلب الكبيرcode: ar is deprecated Jāmi‘ Halab al-Kabīr) atau Masjid Umayyah Aleppo (جامع بني أمية بحلب Jāmi‘ Bani Umayah Bi-Halab) ialah masjid terbesar dan satu daripada masjid yang paling tua di kota Aleppo, Syria. Masjid ini terletak di daerah al-Jalloum di Kota Lama Aleppo, sebuah warisan dunia, berdekatan pintu masuk Souk al-Madina. Masjid ini dikatakan tempat letak makam Nabi Zakaria, bapa Nabi Yahya.[1][2] Masjid dibina pada zaman permulaan abad ke-8; namun bangunan yang kini ada dibina dari abad ke-11 hingga ke-14. Menara dibina pada tahun 1090 M,[3] dan dimusnahkan pada bulan April 2013 semasa pertempuran dalam Perang saudara Syria.[4]
Fakta Segera Masjid Agung Aleppo جامع حلب الكبير, Info asas ...
Masjid Agung Aleppo جامع حلب الكبير | |
---|---|
Info asas | |
Agama | Islam |
Negara | Syria |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Hasan ibn Mufarraj al-Sarmini |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Syria Utara, Seljuk, Mamluk |
Disiapkan pada | 715M, abad ke-13th |
Spesifikasi | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara masjid | 1 (Dimusnahkan semasa Perang saudara Syria) |
Bahan binaan | Batu |
Tutup