Masjid Daerah Sandakan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Daerah Sandakan merupakan salah sebuah masjid yang terletak di Sandakan, Sabah. Dibina pada tahun 1985 dan siap pada tahun 1989, ia adalah masjid utama bagi daerah Sandakan. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1990.[1] Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Masjid Daerah Sandakan ini mula dibina dengan hasrat dan tujuan untuk memberikan kemudahan, khususnya umat islam di sekitar Sandakan bagi menjalankan amal ibadat mereka seperti sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat, sembahyang Hari Raya Aidil Fitri, sembahyang Hari Raya Aidil Adha dan juga kegiatan-kegiatan keagamaan yang lain.
Masjid Daerah Sandakan | |
---|---|
Masjid Daerah Sandakan Masjid Besar Sim-Sim | |
Info asas | |
Lokasi | Sandakan |
Koordinat geografi | 5°50′46.5″N 118°7′44.77″E |
Agama | Shafi'i |
Daerah | Sandakan |
Negeri | Sabah |
Negara | Malaysia |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Dato Baharuddin Kassim |
Gaya seni bina | Islamik, Moden |
Disiapkan pada | 1989 |
Spesifikasi | |
Bil. kubah | 2 |
Bil. menara masjid | 1 |
Dengan terbinanya masjid ini, sekaligus merupakan petanda yang baik kerana masjid adalah tempat dan penyatuan masyarakat Islam dalam segala hal kehidupan sama ada yang berkaitan dengan perkara duniawi mahupun ukhrawi.
Pada tahun 2016, masjid ini telah dikunjungi oleh Putera Mahkota Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. [2]