From Wikipedia, the free encyclopedia
Mike Maignan (lahir 3 Julai 1995) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Milan dan pasukan kebangsaan Perancis.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 3 Julai 1995 | ||
Tempat lahir | Cayenne, Guiana Perancis | ||
Ketinggian | 1.91 m (6 ka 3 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Milan | ||
Nombor | 16 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2009 | Villiers le Bel JS | ||
2009–2015 | Paris Saint-Germain | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2015 | Paris Saint-Germain B | 42 | (0) |
2015–2017 | Lille B | 10 | (0) |
2015–2021 | Lille | 149 | (0) |
2021– | Milan | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2010–2011 | Perancis B16 | 10 | (0) |
2011–2012 | Perancis B17 | 12 | (0) |
2012–2013 | Perancis B18 | 5 | (0) |
2013 | Perancis B19 | 3 | (0) |
2014 | Perancis B20 | 1 | (0) |
2015–2016 | Perancis B21 | 6 | (0) |
2020– | Perancis | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:01, 25 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Oktober 2020 |
Maignan berasal daripada akademi belia Paris Saint-Germain dan beliau sering kali memanaskan bangku simpanan tanpa melakukan sebrang kemunculan. Pada tahun 2015, beliau menyertai Lille dengan perpindahan yang bernilai 1 juta euro sebelum menjadi penjaga gol utama pasukan pada tahun 2017. Beliau telah diundi sebagai "Penjaga Gol Terbaik" Ligue 1 untuk musim 2018–19.
Maignan telah dilahirkan di Cayenne, Guiana Perancis. Ibunya merupakan orang Haiti manakala bapanya pula ialah orang Perancis.[1][2]
Maignan beraksi untuk akademi Paris Saint-Germain sebelum menerima tawaran untuk dimasukkan ke dalam skuad utama pada tahun 2013. Beliau telah mengambil bahagian dalam Liga Belia UEFA 2013-14 yang menyaksikan pasukannya melangkah mara ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh Real Madrid.[3]
Pada Jun 2013, Maignan menandatangani kontrak pertamanya selama tiga tahun.[4] Pada 18 Disember, beliau diserap ke dalam skuad perlawanan buat pertama kali dengan berada di bangku simpanan apabila Nicolas Douchez dipilih untuk beraksi ketika menentang Saint-Étienne pada pusingan 16 Coupe de la Ligue.[5] Pada 19 Januari 2014, beliau dimasukkan ke dalam skuad perlawanan Ligue 1 buat pertama kali tetapi tidak diberi peluang beraksi ekoran Salvatore Sirigu mengisi posisi penjaga gol pasukan semasa menewaskan Nantes 5-0 di Parc des Princes.[6]
Pada Ogos 2015, Maignan telah berpindah ke kelab Ligue 1, Lille dengan perpindahan yang bernilai 1 juta euro serta beliau turut menandatangani kontrak selama lima tahun.[7] Beliau melakukan kemunculan sulungnya pada 18 September dalam aksi terikat seri 1-1 menentang Rennes. Beliau dapat beraksi selepas menggantikan Yassine Benzia apabila Vincent Enyeama telah dibuang padang pada minit ke-69. Melalui sentuhan pertamanya, beliau menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan oleh Paul-Georges Ntep.[8]
Pada permulaan musim 2017–18, pengurus Marcelo Bielsa menggugurkan pemain berpengalaman iaitu Enyeama untuk memberikan peluang kepada Maignan. Pada perlawanan kedua musim ini, perlawanan yang dilanda kekalahan 3-0 kepada Strasbourg menyaksikan beliau telah dibuang padang kerana melontarkan bola ke arah penyerang lawan, Nicolas de Préville yang nanti menjaringkan gol pada saat-saat akhir permainan.[9] Pada musim berikutnya, beliau sebahagian daripada pasukan Lille yang menjadi naib-juara kepada PSG di samping diundi sebagai "Penjaga Gol Terbaik" Trophées UNFP du football. Rekod beliau pada musim itu ialah 30 jaringan gol dibolosi, 17 jersi bersih, 233 penyelamatan bola dan tiga tendangan penalti diselamatkan.[10]
Maignan beraksi untuk Perancis dari peringkat bawah-16 sehingga bawah-21. Beliau mengetuai pasukan bawah-17 Perancis dalam Kejohanan Eropah 2012 di Slovenia.[11][12] Beliau menerima panggilan pertamanya oleh skuad senior pada Mei 2019 untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Turki dan Andorra serta perlawanan persahabatan menentang Bolivia.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.