Mitsubishi F-2
From Wikipedia, the free encyclopedia
F-2 adalah pesawat tempur usahasama Jepun dan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dan Lockheed Martin untuk Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun, dengan agihan pecahan 60/40 dalam pembuatan di antara Japan dan Amerika Syarikat. General Electric (enjin), Kawasaki, Honeywell, Raytheon, NEC, dan Kokusai Electric adalah di antara rakan usahasama terbesar. Lockheed Martin membekalkan fuislaj buritan,bilah pinggir sayap, sistem pengurusan penyimpanan, sebahagian besar kotak sayap dan komponen-komponen lain.[2] Pemasangan terakhir dibuat di Jepun, oleh MHI di kemudahan Komaki-Selatan, Nagoya. Pengeluaran pesawat ini telah bermula pada tahun 1996 dan pesawat pertama memasuki perkhidmatan pada tahun 2000. Pada 2008, 76 buah pesawat pertama dijangka akan memasuki perkhidmatan, sejumlah 94 buah pesawat akan dibina di bawah kontrak ini.
F-2 | |
---|---|
| |
Peranan | Tempur pelbagai peranan (MRCA) |
Negara pengeluar | Jepun, Amerika Syarikat |
Pengeluar | Mitsubishi Heavy Industries Lockheed Martin |
Penerbangan sulung | 7 Oktober 1995 |
Diperkenalkan | 2000 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun |
Jumlah dibina | 94[1] |
Kos seunit | AS$ 108 juta pada 2004 |
Dibangunkan dari | F-16 Fighting Falcon |