Mohamed Hamdan Dagalo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohamed Hamdan Dagalo (Arab: محمد حمدان دقلو, rumi: Muẖammad H̱amdān Daqlucode: ar is deprecated , lahir 1974 or 1975 (umur 49–50)), secara umumnya dikenali sebagai Hemetti[4] (Arab: حميدتيcode: ar is deprecated ), Hemedti,[2] Hemeti[5] atau Hemitte, adalah seorang jeneral tentera Sudan yang berasal daripada puak Rizeigat[6] dari Darfur, yang mana merupakan Timbalan Pengerusi dalam Majlis Tentera Peralihan (TMC) selepas peristiwa kudeta Sudan 2019.[2] Pada 21 Ogos 2019, TMC telah memindahkan kuasa kepada Majlis Kedaulatan Peralihan yang dianggotai oleh pihak tentera-awam, yang mana turut dianggotai oleh Hemetti.[7] Berdasarkan draf Artikel 19 bertarikh Ogos 2019[dated info] Deklarasi Perlembagaan, Hemetti dan anggota-anggota lain dalam Majlis Kedaulatan tidak layak untuk bertanding dalam pilihanraya umum Sudan 2022.[8][9]
Mohamed Hamdan Dagalo | |
---|---|
محمد حمدان دقلو | |
Timbalan Pengerusi dalam Majlis Kedaulatan Peralihan | |
Memegang jawatan 11 November 2021 | |
Pengerusi | Abdel Fattah al-Burhan |
Didahului oleh | Himself |
Dalam jawatan 21 Ogos 2019 – 25 Oktober 2021 | |
Pengerusi | Abdel Fattah al-Burhan |
Didahului oleh | Himself |
Digantikan oleh | Himself |
Timbalan Pengerusi Majlis Peralihan Tentera | |
Dalam jawatan 13 April 2019 – 20 Ogos 2019 | |
Pengerusi | Abdel Fattah al-Burhan |
Didahului oleh | Kamal Abdel-Marouf al-Mahdi |
Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1973 (umur 50–51)[1] atau 1974 or 1975[2] Darfur, Republik Demokratik Sudan[3] |
Dikenali kerana | Pemimpin RSF dan Timbalan Presiden dalam Majlis Kedaulatan Sudan. |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Nama samaran | Hemedti (Arab: حميدتيcode: ar is deprecated ) |
Kesetiaan | Sudan |
Perkhidmatan/cawangan | Pasukan Sokongan Cepat |
Pangkat | Jeneral |
Perkhidmatan | Panglima bagi RSF |
Pertempuran | Perang di Darfur Kudeta Sudan 2019 Pertempuran Sudan 2023 |