Moluskum berjangkit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Molluskum berjangkit ( MC ), kadang-kadang dipanggil ketuat air, adalah jangkitan virus pada kulit yang mengakibatkan lesi merah jambu kecil timbul dengan lesung pipit di tengah. [1] Ia boleh menyebabkan berlakunya kegatalan dan muncul sama ada satu atau lebih. [1] Ia boleh muncul pada mana-mana bahagian kulit dengan perut, kaki, lengan, leher, kawasan kemaluan dan muka adalah yang paling biasa. [1] Lesi akan mula muncul sekitar tujuh minggu selepas jangkitan. [3] Ia biasanya hilang dalam masa setahun tanpa parut . [1]
Moluskum berjangkit | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Nama lain | Ketuat air |
Lesi berwarna daging, berbentuk kubah dan mutiara | |
Pengkhususan | Dermatologi |
Gejala | Kecil, timbul, merah jambu dengan lesung pipit di tengah[1] |
Permulaan biasa | Kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun[2] |
Tempoh | Biasanya 6-12 bulan, boleh bertahan sehingga empat tahun[1] |
Jenis | MCV-1, MCV-2, MCV-3, MCV-4[3] |
Punca | Moluskum berjangkit tersebar melalui sentuhan langsung atau objek tercemar[4] |
Sistem imun yang lemah, dermatitis atopik, tempat tinggal yang sesak atau padat[2] | |
Berdasarkan keadaan luaran[3] | |
Ketuat, herpes simplex, cacar air, folikulitis[5] | |
Pencegahan | Mencuci tangan, tidak berkongsi barangan peribadi[6] |
Rawatan | Tiada, pembekuan, membuka lesi dan mengikis bahagian dalam, terapi laser[7] |
Rawatan perubatan | Cimetidine, podophyllotoxin[7] |
Kekerapan | 122 Juta / 1.8% (2010)[8] |
sunting |
Jangkitan ini disebabkan oleh virus pox yang dipanggil virus molluscum contagiosum (MCV). [1] Virus ini dapat tersebar melalui sentuhan langsung, termasuk aktiviti seksual, atau melalui objek tercemar seperti tuala. [4] Ia juga boleh tersebar ke bahagian lain anggota badan pesakit yang dijangkiti itu sendiri. [4] Faktor risiko termasuk sistem imun yang lemah, dermatitis atopik, dan tinggal di persekitaran yang padat. [2] Selepas sembuh dari jangkitan, kemungkinan untuk jangkitan semula adalah tinggi. [9] Diagnosis biasanya berdasarkan penampilan lesi. [3]
Langkah pencegahan antara lain ialah dengan mencuci tangan dan tidak berkongsi barangan peribadi. [6] Walaupun rawatan perubatan tidak diperlukan, pesakit mungkin ingin membuang lesi ini atas faktor penampilan ataupun mengelakkan jangkitan. [7] Pembuangan boleh dilakukan dengan pembekuan, terapi laser, atau membuka lesi dan mengikis bahagian dalam. [7] Mengikis luka boleh, bagaimanapun, mengakibatkan parut . [9] Ubat cimetidine melalui mulut, atau podophyllotoxin, cantharidin atau krim kalium hidroksida yang digunakan pada kulit, juga boleh digunakan. [7] [10]
Kira-kira 122 juta orang di seluruh dunia telah terjejas oleh molluscum contagiosum pada 2010 (1.8% daripada populasi). [8] Ia kerap terjadi pada kanak-kanak berumur antara satu dan sepuluh tahun. [2] Mengalami jangkitan bukanlah sebab untuk menghalang kanak-kanak dari bersekolah atau penjagaan anak. [11]