From Wikipedia, the free encyclopedia
Nacho adalah suatu hidangan yang berasal dari utara Mexico.[1][2] Ia asasnya diperbuat daripada kepingan tortilla yang disaluti keju cair.
Nachos | |
---|---|
Eponim | Ignacio Anaya |
Jenis | Hidangan |
Jenis sajian | Hidangan utama atau snek |
Tempat asal | Mexico |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Kepingan tortilla |
sunting · sunting di Wikidata |
Makanan ini datangnya daripada suatu idea hidangan spontan daripada Ignacio "Nacho" Anaya, seorang ketua pelayan di sebuah restoran di Piedras Negras, Coahuila[3][4] bagi menyambut para isteri askar tentera A.S yang singgah di tempat tersebut setelah membeli-belah berdekatan. Beliau segera menggoreng kepingan tortilla yang ditabur dengan jeruk cili jalapeño dan keju cheddar.[Note 1][5] Apabila Ignacio ditanya mengenai hidangan ini, dia berseloroh memanggilnya "Nacho's especiales" ("hidangan istimewa Ignacio"), lama-kelamaannya menjadi "special nachos" ("nachos istimewa").[6] Khabar mengenai hidangan tersebut mula menjadi tersebar di negeri Texas serta Barat Daya Amerika Syarikat yang berjiranan tidak lama selepas itu.
Perencah tambahan termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.