Nancy Cartwright
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nancy Campbell Cartwright (dilahirkan 25 Oktober 1957 in Kettering, Ohio) merupakan pelakon suara Amerika Syarikat yang terkenal dalam merakamkan suara-suara Bart Simpson, Nelson Muntz, Todd Flanders dan Ralph Wiggum untik siri animasi yang popular, The Simpsons.
Nancy Cartwright | |
---|---|
Kelahiran | Nancy Campbell Cartwright (1957-10-25) 25 Oktober 1957 (umur 66) |
Ketinggian | 5'0" (1.52 m) |
Pasangan | Warren Murphy (24 Disember 1988 - 2005) |
Anak-anak | Lucy Mae ( (1991-12-19) 19 Disember 1991 (umur 32)), Jackson Louis ( (1989-09-27) 27 September 1989 (umur 34)) |
Cartwright dilahirkan di Dayton, Ohio kepada Miriam dan Frank Cartwright.[1] Seorang lulusan daripada Kettering Fairmont High School (Sekolah Tinggi Kettering Fairmont), Cartwright menyertai Ohio University sebelum berpindah ke UCLA di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang teater.[2] Beliau ialah murid Daws Butler (suara kepada Huckleberry Hound, Snagglepuss, Yogi Bear dan banyak lagi)[3] dan dalam autobiografinya, Cartwright menyebut Butler sebagai mentor dan kawannya.[4]
Cartwright berkahwin dengan Warren Murphy pada tahun 1988 dan mereka dikurniakan dua anak sebelum bercerai pada tahun 2005.[1] Beliau menjadi anggota Gereja Scientologi [5] pada tahun 1989 [6] dan mencapai peringkat Clear pada 1 Oktober 1991.[7] Cartwright dianugerahi Anugerah Penaung Agung Scientologi selepas menderma AS$10 juta (hampir dua kali gaji tahunannya) kepada pertubuhan tersebut pada tahun 2007.[8]
Cartwright giat menyokong banyak pertubuhan bukan untung, termasuk Famous Fone Friends, Make-a-Wish Foundation, dan Yayasan The Way to Happiness. Beliau ialah pengasas bersama kepada "Happy House", sebuah pertubuhan bukan untung yang mengkhususkan pembinaan keluarga yang lebih baik, serta juga penyumbang kepada Animation Archive Project (Projek Arkib Animasi) yang dianjurkan oleh ASIFA-Hollywood.[9] Pada bulan September 2007, Cartwright menerima Anugerah Wish Icon daripada Make-a-Wish Foundation kerana "komitmennya yang besar kepada misi Yayasan Make-A-Wish dari Greater Los Angeles."[10]
Cartwright merupakan pemandu kereta stok yang terkenal dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan lesen NASCAR.[11]