National Geographic (majalah)
From Wikipedia, the free encyclopedia
National Geographic (dipendekkan kepada NatGeo;[3] dulunya National Geographic Magazine[4]) merupakan majalah dan jurnal rasmi National Geographic Society. Ia diterbitkan buat pertama kalinya di tahun 1888, cuma sembilan bulan selepas penubuhan persatuan itu sendiri. Majalah ini serta-merta dikenali dengan bingkai kuning yang ada di muka depannya.
![]() Kulit Mac 2009 National Geographic | |
Editor | Chris Johns |
---|---|
Kategori | Geografi, Sains, Sejarah, Alam semula jadi |
Kekerapan | Bulanan |
Jumlah edaran | 1.8 juta pembaca Amerika Syarikat[1] |
Isu pertama | Oktober 1888[2] |
Syarikat | National Geographic Society |
Negara | Amerika Syarikat |
Bertapak di | Washington, D.C. |
Bahasa | Inggeris |
Laman web | nationalgeographic.com |
ISSN | 0027-9358 |
Pada September 2015, hak milik majalah diserahkan National Geographic Society kepada 21st Century Fox melalui pegangan dalam syarikat National Geographic Partners sebanyak 73%[5] dengan bayaran sebanyak USD725 juta. National Geographic Partners diambil alih Syarikat Walt Disney bersama-sama aset 21st Century Fox lain pada Mac 2019[6] sambil penerbitannya diserahkan kepada Disney Publishing Worldwide.[7] Disney mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada 19 orang penyunting tetap termasuk kesemua kakitangan jabatan audionya pada April 2023; ia kemudian memecat semua penulis yang tinggal pada Jun 2023 dan menghentikan semua cetakan dan edarannya pada tahun hadapan.[8][1]