From Wikipedia, the free encyclopedia
Istilah neo-romantisme digunakan untuk memerikan pelbagai pergerakan dalam falsafah, kesusteraan, muzik, lukisan, dan seni bina dan juga pergerakan sosial, yang wujud selepas (serta tergabung dengan) era Romantisme. Istilah ini digunakan bagi penggubah-penggubah muzik lewat abad ke-19 seperti Richard Wagner, khususnya oleh Carl Dahlhaus yang memerikan muzik Wagner sebagai sebuah "pengembangan romantisme dalam zaman positivis"[Nota 1]. Dahlhaus menganggapnya sinonim dengan "zaman Wagner", dari kira-kira tahun 1890—permulaan era modenisme, yang wakil awalnya terdiri daripada Richard Strauss dan Gustav Mahler (Dahlhaus 1979, 98–99, 102, 105). Istilah ini digunakan pada para penulis, pelukis, dan para penggubah yang menolak, meninggalkan atau menentang realisme, naturalisme, ataupun modernisme avant-garde pada beberapa detik dari tahun 1840 sehingga sekarang.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.