Nepal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nepal (Bahasa Nepal: नेपालcode: ne is deprecated ) adalah sebuah negara dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan yang menyempadani China (Tibet) di utara, serta India di selatan, timur, dan barat.
सँघिय लोकतान्त्रीक गणतन्त्र नेपालcode: ne is deprecated Saṃghiya Loktāntrīk Gaṇatantra Nepāl Republik Demokratik Persekutuan Nepal ريڤوبليك ديموكراتيك ڤرسكوتوان نيڤال | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Ibu dan ibu pertiwi lebih berharga dari syurga" | |||||
Lagu kebangsaan: "Sayaun Thunga Phool Ka" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Kathmandu | ||||
Bahasa rasmi | Nepali[1] | ||||
Bahasa umumyang diakui | Nepal Bhasa, Maithili, Bhojpuri, Tharu, Gurung, Tamang, Magar, Awadhi, Sherpa, Kiranti dan 100 lagi bahasa setempat. | ||||
Demonim | Nepali | ||||
Kerajaan | Republik[2] | ||||
• Presiden | Ram Chandra Poudel (राम चन्द्र पौडेल) | ||||
Pushpa Kamal Dahal (पुष्पकमल दाहाल) | |||||
Penyatuan | |||||
• Pengisytiharan pemerintahan beraja | 21 Disember 1768 | ||||
• Pengisytiharan negara | 15 Januari 2007 | ||||
• Pengisytiharan republik | 28 Mei 2008 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 147,181 km2 (56,827 bt2) (93) | ||||
2.8 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2008 | 29,519,114 (40) | ||||
• Bancian Penduduk 2003 | 23,151,423 | ||||
184/km2 (476.6/sq mi) (56) | |||||
KDNK (PPP) | 2006 | ||||
• Jumlah | $48.18 bilion (87) | ||||
$1,500 (164) | |||||
Gini (2003–04) | 47.2 tinggi | ||||
HDI (2007) | ▲ 0.534 Ralat: Nilai IPM tidak sah · 142 | ||||
Mata wang | Rupee ( NPR ) | ||||
Zon waktu | UTC+5:45 (NPT) | ||||
Kod panggilan | 977 | ||||
Kod ISO 3166 | NP | ||||
DPT internet | .np .नेपाल |
Negara Nepal moden dibentuk melalui Penyatuan Nepal oleh Prithvi Narayan Shah pada 21 Disember 1768. Sehingga tahun 2006, Nepal merupakan negeri beraja dan satu-satunya negara yang menjadikan agama Hindu sebagai agama rasmi. Sejarah terkini Nepal telah menyaksikan perjuangan demi kerajaan demokratik sepanjang tempoh pemerintahan raja mutlak. Sejak tahun 1995 hingga 2006, Nepal mengalami perang saudara antara tentera kerajaan dan pejuang Maois dari Parti Komunis Nepal (Maois). Dalam satu proses damai untuk menamatkan perang dan memulihkan demokrasi, pada 18 Mei 2006, Nepal diisytiharkan sebagai negara sekular oleh Parlimen Sementara Nepal.[3] Pada 28 Disember 2007, parlimen sementara meluluskan rang undang-undang yang mengisytiharkan Nepal sebagai republik demokratik persekutuan.[4] Mesyuarat pertama dewan perwakilan secara rasminya melaksanakan perisytiharan tersebut pada 28 Mei 2008.
Bagi sebuah wilayah yang kecil, pandangan darat Nepal adalah amat berbeza dari Terai yang lembap di selatan hingga ke Himalaya yang tinggi mengawan di utara. Nepal mempunyai lapan daripada 14 buah gunung yang tertinggi di dunia yang menjadi kemegahannya, termasuk Gunung Everest di sempadannya dengan China. Kathmandu ialah ibu negara serta bandar rayanya yang terbesar. Bandaraya-bandaraya utamanya yang lain termasuk Bharatpur, Biratnagar, Bhairahawa, Birgunj, Janakpur, Pokhara, Nepalgunj, dan Mahendranagar. Asalnya nama Nepal tidak pasti, tetapi pemahaman yang paling umum ialah perkataan ini berasal daripada Ne (suci) dan pal (gua).