Nomen oblitum
From Wikipedia, the free encyclopedia
nomen oblitum (Jamak: nomina oblita; Latin untuk "nama dilupakan") adalah istilah teknikal, yang digunakan dalam tatanama zoologi, untuk jenis nama saintifik tertentu yang tidak digunakan.
Dalam makna sekarang, nomen oblitum digunakan dengan edisi Kod Tataamaran Zoologi Antarabangsa keempat, 1999. Selepas 1 Januari 2000, nama saintifik boleh diisytiharkan secara rasmi sebagai nomen oblitum apabila ia telah dibuktikan sebagai tidak digunakan sebagai nama yang sah dalam komuniti saintifik sejak tahun 1899, dan apabila ia merupakan sinonim senior (terdapat juga nama yang lebih baru yang digunakan untuk taxon yang sama, dan yang biasa digunakan) atau homonim (ia sama seperti nama lain, yang digunakan umum), dan apabila pilihan homonim atau sinonim junior telah dibuktikan telah digunakan secara meluas dalam 50 atau lebih banyak penerbitan dalam beberapa dekad yang lalu. Sebaik sahaja nama telah diisytiharkan secara rasmi untuk menjadi nomen oblitum, nama yang dilucutkan itu harus dilupakan. Dengan akta yang sama, nama sedia ada seterusnya perlu diisytiharkan sebagai nomen protectum; sejak dari itu, ia menjadi keutamaan.[1]
Satu contoh adalah kes nama saintifik untuk yu kumbang ("leopard shark"). Sungguhpun nama Mustelus felis merupakan sinonim senior, kesilapan dalam merekodkan tarikh penerbitan mengakibatkan penggunaan meluas Triakis semifasciata sebagai nama ilmiah Yu Kumbang. Setelah kesilapan lama ini disedari, T. semifasciata dijadikan nama yang sah (sebagai nomen protectum) dan Mustelis felis diisytiharkan tidak sah (sebagai nomen protectum).[2]