Odisha (Devanagari: उड़ीसा; nama lama Orissa) ialah sebuah negeri yang terletak di pesisir timur India. Odisha dikelilingi oleh negeri Jharkhand di sebelah utara, di bahagian timur laut berbatasan dengan Benggala Barat, di bahagian timur terdapat Teluk Benggala, dan di selatan berbatasan dengan Andhra Pradesh manakala di bahagian barat berbatasan dengan Chhattisgarh.

Fakta Segera Bahasa rasmi ...
Odisha
  state  
Thumb


Lokasi Odisha
Koordinat 20.15°N 85.50°E / 20.15; 85.50
Negara  India
Daerah 30
Tarikh ditubuhkan 1 April 1936
Ibu negeri Bhubaneswar
Bandar terbesar Bhubaneswar
Gabenor Murlidhar Chandrakant Bhandare
Ketua Menteri Naveen Patnaik
Perundangan (kerusi) Satu dewan (147)
Penduduk

Kepadatan

36,706,920 (ke-11)

236/km2 (611/sq mi)

Bahasa rasmi Oriya
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 155820 km2 (60162 sq mi)
ISO 3166-2 IN-OR
Laman web Odisha.gov.in
Tutup

Penamaan

Nama negeri ini diubah daripada Orissa menjadi Odisha, dan nama bahasanya daripada Oriya menjadi Odia pada tahun 2011, dengan lulusnya Rang Undang-Undang Orissa (Perubahan Nama) 2010 dan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan ke-113) 2010 di Parlimen. Selepas perbahasan ringkas, dewan bawahan Parlimen, Lok Sabha, meluluskan rang undang-undang dan pindaan pada 9 November 2010.[1] Pada 24 Mac 2011, Rajya Sabha, dewan tertinggi Parlimen, juga meluluskan rang undang-undang dan pindaan tersebut.[2] Perubahan nama dibuat untuk menyesuaikan nama Hindi (sebelumnya Udisa) dan nama Inggeris (sebelumnya Orissa) dengan ejaan dan pengucapan nama dalam bahasa Odia.[3]

Pengangkutan

Odisha terhubung dengan India dan dunia melalui jalan raya, kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan laut.

Lapangan terbang

Pelabuhan laut

Daerah

Bandar di Odisha

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.