Onigiri
hidangan nasi Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Onigiri (Hiragana: おにぎり, Kanji: 御握り; Jawi: اونيڬيريcode: ms is deprecated ) atau nasi kepal[1] ialah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit. Ia turut dikenali dengan nama omusubi iaitu istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebutnya.[perlu rujukan]
Di Malaysia, onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun. Di China, onigiri dikenal dengan nama fàntuán (飯糰).